Lebih-lebih lagi ahli dan penyokong UMNO. Mereka berharap dengan menyokong dan membodek pemimpin-pemimpin UMNO, mereka berharap akan mendapat anugerah projek, dan tender dalam memajukan perniagaan mereka dengan mudah. Apabila mendapat tawaran projek atau tender, sebahagain dari mereka akan meng "Ali Baba" kan kepada taukeh-taukeh Cina pula.
Jika berlaku kelewatan.dalam menyelesaikan projek, dan dikenakan denda (LD) mereka akan menghubungi menteri-menteri untuk mendapatkan pengecualain dari membayar denda berkenaan atau meminta denda dikurangkan.
Pimpinan UMNO pula perlu memanjakan pembodek-pembodek mereka kerana takut kehilangan sokongan samada dalam pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Bahagian atau peringkat Majlis Tertinggi UMNO kelak. Pencacai dan balaci-balaci berkenaan mesti dijaga dan dibelai. Apa juga keperluan mereka perlu dipenuhi demi untuk mengekalkan kedudukan.
Tentang rasuah, jangan ceritalah, melambak jika semuanya hendak di siasat. Tidak cukup kakitangan SPRM dan polis untuk mengambil tindakan. Polis sendiri pun terlibat dalam rasuah. .
para_jump101
Nota Kaki
Apa yang disuarakan oleh para_jump 101 itu memang wujud dan tidak dapat dinafikan, tetapi itu dahulu, dan jika sekali berlaku orang akan cakap sampai bila-bila. tetapi orang mungkin lupa bahawa manusia malaun itu ada yang sudah diterajang keluar dan ada lagi yang menunggu masa sahaja. rakyat akan buang mereka secara sah dan mengikut peraturan.
Opps siapa yang banyak menyalah gunakan kuasa, rasuah dan melarikan wang negara berbillion ringgit. dapat membina mahligai berjuta-juta ringgit di Bukit Segambut, mempunyai berbelas-belas buah condo, dan bergelempangan kenderaan mewah.