PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel   
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011. Turut disertakan beberapa informasi baru.]
Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji  telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman  Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara  hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para  pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan  bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji  tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka  dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.

Di  laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah  struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak  kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan  jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian  radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban  Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan  mengumpul makanan untuk sara diri. 
Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : 
tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.
Jim  Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah  menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar  laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak  melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah  Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah  banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau  tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.

Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi. 
MISTERI GEN BANGSA MELAYU
Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis  Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang  prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki  ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa  misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik  ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar  menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir  prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan  kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di  Eropah.
Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun  dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang  menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat  luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd.  Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca  suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja  Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins  Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh  hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.
Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah  Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji  kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan  lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula  menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci  kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih  beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk  cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan  sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan  lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka  'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan  anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes  lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan?  Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.
Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan  menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The  Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab  Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi,  terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The  Mummy dan piramid yang menakjubkan!
Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya  sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana  orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di  utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling  misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu  cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah  di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain.  Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk  membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan  hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan  sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama. 
MELAYU - THE LOST TRIBEKetika  Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah  Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang  bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba  menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah  manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina  negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di  Timur Jauh yang dinamakan Ophir.
Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding  kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah  untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di  sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang  silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,  bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar  monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu  tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport  emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,  gendang dan seramik purba
.'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung  (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke  satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali  bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan  manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi  Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah  ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua  keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji  secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu  manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah,  ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di  Semenanjung Tanah Melayu.Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng  menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung  (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu  dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi  Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh  dan Ephraim).Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala  mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan  bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli  Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun  sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini)  Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina,  Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.Scythia merupakan sebuah bangsa nomad  berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan  bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu  dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar  tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal  daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang  anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat  ini).'The Lost Tribe' telah bergerak ke  'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah  mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir  Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi  campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih  terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi  Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah  hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod  Illuminati dan Zionis.Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu.          Betapa  hebatnya Raja bagi          segala tamadun Timur ini apabila mereka  terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana  negeri-negeri yang berada          dalam naungan mereka :-         ada yang digelar tanah penghujung dunia,                  
ada yang digelar Semenanjung Emas,                  
ada yang digelar Survana Bumi,                  
ada yang digelar Golden Chersonese,                  
Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas.          Ini  belum lagi dibincangkan tentang          sistem matawang mereka, kerana  bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas,           tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod          agung  ni? Kemana perginya senjata-senjata          canggih Melayu? Di mana  perginya armada-armada          laut Melayu yang besar gedabak dengan  nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal           Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya           selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam  genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 
Mereka menubuhkan kerajaan          BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran          Hi
Malaya kekal hingga ke hari ini…           Mengenangkan bangsa gunung          yang hebat lagi kuat dengan rajanya.
Jika anda sedar,          bangsa Melayu-lah bangsa           yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya  terlalu sinonim dengan          bangsa ini.          Berhentilah  menjadi goyyim          kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen  Yahudi yang bertopengkan sang          penyelamat.          Tetapi anda  sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu  dibumi Mala ini.        
         
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa          terawal membina tugu-tugu                            kota                      yang merentasi dari :          
- UTARA (kemboja,            cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting) 
 - TENGAH (kelantan,            pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor) 
 - TIMUR (funan,            okinawa, sulu,)             
 - SELATAN            (sumatera, riau, jawa)
 
Begitu hebatnya tamadun agung          Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu.          Rekod  tamadun ini berjaya disembunyikan          oleh golongan Iluminati  sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan  di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu,  tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal  oleh pengkaji logam.          Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan         pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke                                    Hawaii                       dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya  berpandukan sejenis          alat apungan dari cerdik pandai anak  Melayu.
Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan  bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan  seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang  berbunyi :
"Dia  muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara  Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga  buah laut."
-Nostradamus 
Dibawah ini saya sertakan sebuah video dokumentari penemuan piramid misteri di Yonaguni, Jepun :
Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya  dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden  (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :
MELAYU DAN YAHUDITahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang  satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam  Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja  yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan  dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab  Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI,  iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam  kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh  (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat  (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian,  terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.
Percaya  atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa  yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal  dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi  Manasseh. [klik 
di sini]
Kajian  projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan  hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala  (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap  dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe  disebelah South East Asia region.
Wallahualam...
PERHATIAN : Video di atas hanya fakta 
sokongan pada hujah-hujah yang dikemukakan. Sepertimana yang kita ketahui (
disebutkan di atas ; baris 15-17) masih terdapat beberapa penemuan yang dirahsiakan oleh pengkaji. Harap Maklum.
 
Sumber: 
http://aku-macjay.blogspot.com/