Selasa, 14 Jun 2011

Dendam Anwar terhadap Dr Hassan Ali berlarutan sampai hari ini.



Dengki khianat Anwar terhadap Dr Hassan Ali bukan lah baru.

Ia bermula dengan populariti Dr Hassan Ali yang menjadi panel forum perdana seawal tahun 90an.

Dr Hassan sangat popular ketika itu malah mengalahkan popularity Anwar sewaktu menerajui ABIM.

Dr Hassan Ali juga mempunyai kem motivasi yang termasyhor di Hulu Langat. Setiap kali cuti sekolah, summer camp nya padat dengan kahadiran anak anak sekolah dari seluruh negara.

Bayaran ceramah yang diterima oleh Dr Hassan meningkat ke ribuan ringgit. Malah ada yang sanggup menaja penerbangan percuma kapalterbang dan helikopter asalkan dapat mendengar ceramah beliau.

Anwar melihat kehadiran Dr Hassan Ali sebagai ancaman besar karrier politiknya.

Tun Mahathir bila bila jam boleh mencalonkan Dr Hassan Ali sebagai wakil rakyat pada ketika itu.

Sebelum Dr Hassan menjadi wakil rakyat dan menjadi menteri, Dr Hassan perlu dibunuh karrier nya terlebih dahulu.

Anwar menggunakan Pusat Islam (kini Jakim) untuk menghalang Dr Hassan Ali muncul di tv dan forum perdana. Anwar menuduh Dr Hassan Ali menjual agama.

Anwar menggunakan program motivasi dan menghimpunkan pemimpin masyarakat dan meracun mereka agar menolak Dr Hassan Ali dalam sebarang program keagamaan.

Perbagai cubaan untuk menabur pasir ke dalam periuk nasi Dr Hassan. Akhirnya pusat summer camp terpaksa ditutup kerana Dr Hassan dikatakan menceroboh hutan simpan.
Dr Hassan yang berhenti kerja dengan kerajaan perlahan-lahan hilang punca pendapatan.

Tiada lagi summer camp dan tiada lagi jemputan ceramah dan forum perdana.

Perniagaan Dr Hassan hampir bankrupt.

Pas melihat perbuatan Anwar terhadap Dr Hassan Ali sebagai satu peluang keemasan.

Pas melalui anak syarikatnya Harakah telah berjaya menyelamatkan Dr Hassan Ali. Malah apartment isteri kedua Dr Hassan yang hampir dilelong pun diselamatkan oleh Harakah.

Bermula dari sinilah Dr Hassan Ali terhutang budi dengan Pas dan akhirnya diangkat sehingga menjawat jawatan yang tinggi dalam pucuk pimpinan Pas.

Bagaimanapun langit tetap mendung buat Dr Hassan setelah Anwar berjaya menguasai Pas melalui bom bom jangka yang diletakkan di dalam kem Pas.

Hari ini segala-galanya terjawab. Dendam Anwar terhadap Dr Hassan Ali tidak pernah padam.

Dr Hassan terus dibunuh dan dikuburkan tanpa nesan oleh Anwar.

Adakah Umno melihat ini satu peluang?

Berikut adalah catatan dari Saudara Lokman Adam terhadap Dr Hassan.


Dr. Hasan Ali yg sebelum ini hebat menyanggah DAP dlm isu jualan arak di kedai 7 Eleven Seksyen 8 Shah Alam telah dipecat dari jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor. Antara perubahan baru yg dibuat oleh Parti Kebajikan Semalaysia (PEKASAM) formerly known as Parti Islam Semalaysia. Hidup Mat Sabu 121 !!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.