Agenda pembangkang untuk menang dalam pilihanraya akan datang menyababkan mereka melakukan pelbagai perkara yang bertentangan dengan sifat normal manusia.
Pemikiran putar belit mereka bukan semasa berceramah dan sewaktu membuat sidang media, sifat membelit mereka sampai ke tahap yang lebih profesional. SPR pun pun mereka nak tipu.
Masih ingat PRU 1999 dan 2004. Ramai pengundi balik ke kawasan tetapi gagal untuk mengundi. Semua ini adalah gara-gara parti pembangkang terutama PKR telah berjaya memindahkan ramai pengundi ke tempat-tempat lain tanpa pengetahuan tuan punya badan.
Dalam television disiarkan betapa kecewanya mereka yang balik dari jauh tetapi gagal mengundi, sedangkan dalam PRU yang lepas-lepas mereka adalah pengundi setia dikawasan atau dikampung halaman mereka.
Kini ilmu yang ada pada PKR telah digunapakai oleh Pas dan Dap pula. Cuma hari ini SPR sudah tahu muslihat mereka , oleh itu SPR berjaya menghalang proses perpindahan oleh pegawai - pegawai SPR yang dilantik dari parti-parti politik di setiap bahagian.
Jika dahulu pegawai SPR dari BN kebanyakannya tidur sahaja tanpa berbuat apa-apa atau mengemas kini data pengundi.
Ini menyebabkan pembangkang ambil kesempatan buat apa yang mereka suka. Pegawai pemilih yang dilantik oleh parti BN atau lebih tepat lagi Umno , ada yang tak tahu tugas mereka pun. Apa yang mereka tahu ialah mereka hanya mahu jawatan sahaja.
Kerana proses bantahan yang dipercayai mempunyai agenda politik, kira-kira 81,000 orang daripada 29 bahagian pilihan raya terpaksa 'gigit jari' untuk disahkan sebagai pengundi berdaftar dalam suku pertama tahun ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, sejumlah 15,000 daripada 43,000 orang yang memohon menukar alamat tempat mengundi juga gagal berbuat demikian kerana perkara sama.
Menurutnya, meskipun hanya 2,000 orang yang terlibat dalam proses bantahan itu, namun pemohon yang tidak terbabit dalam 29 bahagian berkenaan juga 'terpalit' sama kerana prosedur berkenaan diguna pakai dalam peruntukan peraturan SPR.
"Dalam suku pertama tahun ini iaitu dari Januari hingga Mac lalu, hanya 119,000 orang berjaya disahkan, manakala bakinya 81,000 lagi gagal disahkan.
"Itu masalahnya kalau ada pihak yang kurang bertanggungjawab dan ada agenda politik mahu menghalang pendaftaran baru di satu-satu kawasan. Atas alasan tidak tinggal di kawasan berkenaan bukan bermakna dia tidak berhak mendaftar di situ," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Proses bantahan merujuk permohonan kepada Pendaftar yang juga Pengarah Pilihan Raya negeri untuk membantah kemasukan nama atau pengeluaran nama pemilih dalam daftar pemilih tambahan bagi kawasan pendaftaran berkenaan yang sedang dipamerkan.
Pembantah perlu mengemukakan bayaran RM10 bagi setiap orang yang dibantahkannya dan hanya dibenarkan membantah sebanyak 10 nama sahaja.
Sekiranya permohonan diterima, Pendaftar akan terus membuat keputusan sekiranya terdapat bukti yang mencukupi atau menjalankan siasatan awam bagi menyiasat kebenaran bantahan tersebut.
Difahamkan, Pendaftar hanya boleh mendengar purata 30 kes sehari berikutan kekangan tenaga dan masa.
Di Selangor, proses bantahan melibatkan 1,604 kes, Kelantan (289), Kedah (95) dan Putrajaya (12).
- utusan