Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datin Jariah Mohd Said pada Rabu dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang baru bagi menggantikan Datuk Alwi Ibrahim yang ditukarkan ke KDN berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
Jariah telah menyandang jawatan Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan di KDN sejak 16 Septermber 2008 manakala Alwi menjadi Ketua Pengarah JPN selama dua tahun dua bulan iaitu sejak 22 April 2009.
Jariah yang dilahirkan pada 2 Mei 1954 di Matang, Perak adalah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya.
Beliau juga telah mencatat sejarah baru sebagai Pengarah JPN yang pertama dari kalangan wanita.