Nampak gayanya PM kita DS Najib Razak akan bagi bonus lah......Apa tidaknya.....sejak dua menjak ini PM telah banyak kali merangsang ekonomi dengan pelbagai cara,
Tahun lepas pakej pembelajaran peringkat Sarjana dan Kedoktoran. Membantu sekolah-sekolah SRJK/SMJK T dan C membina bangunan baru.
Tadi PM telah memperuntukkan 11 juta ringgit kepada 7 buah SRJK Cina di Kedah. Trend sepanjang tahun ini mencerahkan harapan kakitangan untuk mendapat bonus.
Bonus ini semenangnya baik kerana ia dapat merangsang ekonomi negara. Tun Mahathir berkata, jika wang yang bernilai seringgit disimpan bawah tilam ia tidak akan memberi apa-apa pulangan. Jika terbakar lagi rugi besar.
Sekiranya wang seringgit dibelanjakan semua orang akan mendapat faedah. (Tak payah ulas panjang-panjang, semua orang sudah faham).
TM sudah bertemu dengan ramai orang sebulan dua ini, dan semua mengharapkan DS Najib yang pemurah agar dapat mengembirakan kakitangan seperti mana yang dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum ini.
Tak guna jika wang 4 atau 5 billion disimpan dalam peti besi jika tidak dicairkan.