Khamis, 28 Julai 2011

Mendedahkan rahsia Scorpene sama dengan menyuruh bini telanjang tengah jalan

Kontrak belian Scorpene TLDM didedahkan..

Monday, June 27, 2011





Latif jelaskan perincian belian Scorpene

PEMBELIAN kapal selam Scorpene terus menjadi modal politik pembangkang untuk menyerang kerajaan kononnya pembelian tersebut penuh dengan penyelewengan dalam kontrak pembelian dan penyelengaraannya.


Kontrak yang selama ini dianggap dokumen rahsia akhirnya dibentangkan di Dewan Rakyat bagi memperjelaskan segala tomahan buruk yang dilemparkan terutama sekali daripada Anwar Ibrahim dan suku sakat balacinya sehingga mereka menuduh kerajaan cuba menutup beberapa perkara yang mereka cipta sendiri alasannya.


Malah isu pembelian kapal selam ini dijadikan seolah-olah isu iegara,isu yang boleh menganggu gugat keselamatan negara dengan mengaitkan beberapa individu tertentu di sebalik pembelian kapal ini.Kita juga percaya penjelasan panjang lebar yang diberikan akan tetap gagal menutup mulut-mulut celupar pembangkang mengenainya.


Timbalan Menteri Pertahanan,Dato Dr Latif Ahmad dalam jawapannya cukup bersahaja menangkis satu demi hujah songsang dan retorik pembangkang yang selama ini isu itu digunakan untuk menimbulkan rasa marah rakyat kepada kerajaan.

JAWAPAN OLEH TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN DATUK DR ABDUL LATIF AHMAD KEPADA SOALAN-SOALAN TAMBAHAN KETIKA UCAPAN PENGGULUNGAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN


Kontrak perolehan dua (2) unit Kapal Selam untuk TLDM ini dimeterai pada tahun 2002 dengan harga EURO 1.084 bilion manakala Kontrak senggaraan kapal selam (In Service Support - ISS) pula dimeteral pada tahun 2010 dengan harga RM230 juta setahun bagi tempoh 6 tahun.


Kontrak-kontrak ini dibuat secara berasingan kerana kekangan peruntukan perbelanjaan Kerajaan pada ketika itu dan sekaligus tidak membebankan Kerajaan untuk menanggung kos dua perolehan tersebut secara serentak.Berdasarkan Kontrak tersebut secara prinsipnya, terdapat dua mekanisme senggaraan atau balk pulih yang boleh dilakukan ke atas dua buah kapal selam SCORPENE TLDM mi sekiranya berlaku apa-apa kerosakan terhadap sistem, platform atau peralatan kapal selam.


1) Kerosakan dalam tempoh jaminan (guarantee period) Menerusi klausa ini sebarang kerosakan yang berlaku dalam tempoh jaminan akan diperbaiki oleh pihak pembekal/syarikat tanpa memerlukan apa-apa perbelanjaan tambahan oleh pihak Kerajaan.Klausa ml berkuatkuasa selama 12 bulan dan tarikh penyerahan fizikal (physical handover) kapal selam ini kepada TLDM.


2) Kerosakan pendam (Latent Defect) Klausa ini pula memperuntukkan sebarang kerosakan design, manufacture yang tidak dijumpai oleh Kerajaan di dalam tempoh kerosakan dalam jaminan dan sebarang kerosakan yang boleh menghalang atau menyekat keupayaan sebenar Kapal Selam seperti yang termaktub di dalam Kontrak yang bukan berpunca daripada normal wear and tear, faulty operation by the Go vernment personnel, maka di dalam tempoh 66 bulan daripada tarikh penyerahan fizikal, semua kerosakan yang tersebut di atas boleh diperbaiki oleh pihak pembekaI.


Daripada dua mekanisme pembaikan serta balk pulih kapal selam ini, dapat dirumuskan bahawa perolehan yang dibuat adalah memenuhi keperluan dan kepentingan Kerajaan sekaligus prinsip perolehan value for money dapat direalisasikan.


Manakala Kontrak senggaraan kapal selam (ISS) pula dilakukan secara berpakej dan merangkumi semua elemen senggaraan Integrated Logistics Support termasuk Confiquration Management, Desiqn and Modification Studies dimana pihak pembekal penlu menjamin supaya kapal selam berupaya beroperasi secara maksima selama 135 hari bagi setiap kapal selam mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.


Di awal peringkat rundingan, anggaran perbelanjaan bagi Kontrak ini dijangka boleh mencecah hingga RM270 juta setahun bagi kedua-dua kapal selam ini. Namun begitu setelah beberapa siri rundingan dan perbincangan diantara Kerajaan dan juga pembekal dilakukan, nilai Kontrak ini berjaya dirunding dan dimuktamadkan ke paras terendah dengan jumlah hanya RM230 juta setahun sekaligus berlaku penjimatan yang ketara sehingga RM4O juta setahun.


Jika diteliti diperingkat antarabangsa terutamanya negara-negara yang memilik Kapal Selam SCORPENE seperti Chile dan Brazil, kontrak perolehan kapal selam dan kontrak senggaraan dilakukan secara berasingan. Begitu juga dengan negara Australia dimana Kontrak pembelian kapal selam dilakukan secara berasingan daripada kontrak senggaraan.


Justeru itu, perkara ini merupakan international standard and norm dan pengasingan kontrak ini tidak bermakna bahawa Kerajaan mempunyai perancangan yang lemah dan tidak mempunyai kepakaran yang setanding di dalam mengendalikan armada angkatan kapal selam. Kementerian telah mula merencanakan perkana berkenaan senggaraan kapal selam ini sejak tahun 2007 lagi tetapi disebabkan oleh kekangan kewangan semasa kerajaan, perkara ini tidak dapat direalisasikan.




Scorpene yg dikontraversikan pembangkang

NOTA RINGKAS KONTRAK SENGGARAAN IN-SERVICE SUPPORT (ISS) BAGI KAPAL SELAM TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM).

Kontrak berbentuk ISS ini adalah secara berpakej dan merangkumi semua elemen senggaraan Integrated Logistics Support termasuk Configuration Management, Design and Modification Studies dimana pihak pembekaI perlu menjamin supaya kapal selam berupaya beroperasi secara maksima selama 135 hari setahun bagi setiap kapal selam mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.


Letter of Acceptance (LOA) bagi kontrak ini telah ditandatangani pada 12 Ogos 2010 dengan syarikat usahasama Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC) di antara syarikat BHIC Defence Technologies Sdn Bhd dan juga syarikat DCNS, Perancis dengan pegangan ekuiti 60%-40% dengan nilai kontrak berjumlah RM230 juta setahun selama enam tahun.


Berdasarkan konsep Kontrak ini, pihak syarikat adalah bertanggungjawab melaksanakan segala keperluan senggaraan berjadual, iaitu Assisted Maintenance Period (AMP), Docking Essential Defect (DED) dan segala Corrective Maintenance. Bagi mencapai tahap operasi maksima selama 135 hari dalam setahun, pihak kontraktor perlu membuat senggaraan berjadual tambahan sekiranya diperlukan tanpa sebarang kos tambahan.


Terma pembayaran adalah seperti berikut:


1) Bayaran pendahuluan sebanyak 15% dikira daripada jumlah keseluruhan nilai Kontrak (CP1+CP2+CP3) dalam bahagian EURO iaitu EURO 28,950,020 juta dan bahagian RM pula berjumlah RM79,802,819 juta;
2) Bayaran Ex-Gratia berjumlah EURO 15 juta dan RM35 juta;
3) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 1 akan dibuat secara 3 bulan sekali;
4) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 2 akan dibuat berdasarkan jadual penghantaran yang telah dipersetujui;
5) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 3 akan dibuat berdasarkan jadual penghantaran yang telah dipersetujui.


Status pembayaran semasa adalah seperti berikut:


1) Bayaran pendahuluan dalam bahagian RM berjumlah RM79,802,819 juta telah selesai dibayar pada tahun 2010 manakala bayaran dalam bahagian EURO sejumlah EURO 28,950,020 juta masih tertunggak.
2) Bayaran Ex-Gratia berjumlah EURO 15 juta dan RM35 juta telah selesai dibayar pada tahun 2010 dan juga 2011.
3) Manakala baki bayaran kemajuan bagi CP1,CP2 dan CP3 pada tahun 2011 pula masih tertunggak dan pembayaran ‘akan dibuat berdasarkan jadual pembayaran yang telah ditetapkan.

Disamping itu, skop kerja lain yang perlu dibuat adalah seperti berikut:
1) PembekaIan serta penyelenggaraan Base Outfitting Equipment (BOE);
2) Pembekalan dan penyelenggaraan safety conditioning facifitieg, 3) Pembekalan alatganti insuran (insurance items);
4) Penyelenggaraan dan pembaikan peringkat depot (Depot Level Maitenance-DLM) termasuk pembekalan alat ganti;
5) Penyelenggaraan peralatan umbilicatservices,
6) Kajian skop dan keperluan alatganti untuk refit pertama kapal selam.

Pecahan nilai Kontrak adalah seperti berikut:


NILAI KONTRAK
EURO RM
CONTACT PRICE 1 135,580,483
433,360,626
Submarine ISS,
Facilities
Operation and Maintenance
CONTACT PRICE 2 51,012,000
Insurance Item and Long Lead
Item Spare
Parts

CONTACT PRICE 3 6,407,517 98,639,374
Base Outfitting Equipment, Yard
and Conditioning Facilities


JUMLAH KONTRAK (RM) RM 1,361,900,000.00
KOMITMEN SETAHUN RM 226,983,333.33

Pecahan peruntukan tambahan yang dipohon kepada Kementerian Kewangan:

1) Bayaran pendahuluan dalam bahagian EURO sejumlah EURO 28,950,020 juta (RM144,750,100 juta) yang sepatutnya dibayar pada tahun 2010.
2) Bayaran kemaiuan bagi komitmen Kontrak tahun 2011 beriumlah RM271,961,386 juta.
Jumlah besar peruntukan yang dipohon adalah berjumlah RM417 iuta


Jawapan daripada Kementerian Pertahanan kita yakini akan terus dimanipulasikan oleh pembangkang walaupun pembelian kapal selama Scorpene ini telah lama dilaksanakan dan pembangkang berkeyakinan isu pembelian ini mampu dijadikan modal kempen untuk meraih sokongan politik terhadap pakatan mereka.