Jumaat, 29 Julai 2011

Majlis Makan Malam Amal

Satu majlis makan malam amal " Masih Ada Yang Sayang" anjuran bersama Kelab Rekreasi Sosial Kamunting & Pendidikan Kesahteraan Keluarga( PKK) telah diadakan di Dewan Perbandaran Taiping malam ini bersamaan 29 Julai 2011.

Timbalan pengerusi Kelab En Mohd Nor Hasmawi Mohd Nawawi memaklumkan meja yang telah terjual berjumlah 374 buah dan kehadiran lebih kurang 640 orang.

Majlis tersebut meraikan anak-anak yatim dan golongan miskin dari Dun Kamunting untuk menyambut bulan Ramadhan.

Baiduri iaitu badan pertubuhan isteri isteri wakil rakyat Perak telah sudi menyumbangkan pakaian raya dan sumbangan barangan dapur.

Antara tetamu yang hadir ialah YB Dato Mohamad Zahir dan Isteri, Dato Mohd Khalid Nasir, Tuan Haji Feroz Abd Ghani dan beberapa ahli Baiduri  Perak.

Kemuncak acara ialah acara lelongan barang dan hamper untuk mengumpul dana bagi membantu warga miskin yang memerlukan bantuan. Syarikat Bunga Raya juga menyumbangkan beberapa peralatan elektrik untuk lelongan, begitu juga Spa Ayu menyumbang 2 kupon rawatan spa yang bernilai RM 200 setiap satu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.