Jumaat, 29 Julai 2011

Siapa Dato Mat Zain Ibrahim yang menjadi sebutan Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim banyak kali dalam kenyataannya dan dalam ceramah politiknya telah menggunakan nama Dato Mat Zain Ibrahim sebagaimana beliau menjual nama tokoh Islam seperti Dr Asri, Qardawi dan lain-lain nama terkenal.

Siapa Dato Zain?

Dato Zain adalah bekas pegawai kanan polis yang diarahkan untuk menyiasat kes mata lebam oleh Tan Sri Rahim Noor Ketua Polis Negara ketika itu.

Jika diteliti kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Mat Zain ternyata beliau sakit jiwa dan dengki kepada sahabat-sahabatnya di dalam PDRM dahulu.

Selepas bersara awal pada akhir 2001, beliau telah cuba menceburi bidang perniagaan. Bagaimanapun perniagaannya menemui kegagalan dan beliau terpaksa menanggung hutang suku juta ringgit. Kegagalan membayar hutang kepada ahli perniagaan bernama Yap Tong Choan dari Damansara Height Bandar Baru Bangi telah menyebabkan Mat Zain diisytihar muflis pada 21 April 2009.

Selepas beliau muflis , Anwar Ibrahim telah meminang Mat Zain untuk dijadikan kuda tunggangan bagi Anwar memburukan PDRM terutama sekali Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail.

Selain memburukkan dua nama di atas beliau juga cuba mengaibkan beberapa orangbekas-bekas menteri seperti Tun Mahathir, Tun Daim, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ramai lagi.

Hari ini Mat Zain Ibrahim adalah icon penting kepada Anwar Ibrahim seperti juga Penyiasat Persendirian P. Balasubramaniam.

Jika PI Bala boleh hidup senang lenang di kota London hanya dengan membuat akuan bersumpah, Mat Zain juga hari ini hidup mewah kerana mendapat bantuan kewangan yang besar dari Anwar dengan syarat Mat Zain terus menyokong dan mempertahankan Anwar.

2 ulasan:

  1. Mat Zain hanya siasat kes mata lebam , bukan kes liwat atau skandel sex. Mat Zain selepas bersara telah menceburi dunia perniagaan dan akhirnya lingkup. Mengadap Anwar untuk dapas belas ihsan. Anwar menjilat Mat Zain dan Mat zain jilat Anwar laa akhir nya..

    BalasPadam
  2. Saitan yang bernama mat zain sepatutnya sedar diri siapa sebenarnya beliau dan kita berharap beliau akan mendapat habuan yang berpatutan dari allah yang berkuasa bukan anuar yang berkuasa...///

    BalasPadam