Memang betullah gambar siang tadi gambar Marina Mahathir. Pihak pembangkang terutama Pas bukan main seronok lagi spin cerita tu...Ada yang sampai nak hantar borang Pas ke rumah nya..
Marina anak negarawan, dari kecil hidupnya dikawal oleh ayahnya yang garang dan tegas. Kini Marina bukan lagi anak kepada seorang Perdana Menteri. Sebagai seorang aktivist dan penulis blog, beliau inginkan satu pengalaman.
Justeru, beliau menyertai rally bersih setelah puas berbincang dan berdebat . Ia sekadar mencari pengalaman. Tak ada apa yang perlu digusarkan. Maaf Marina...kerana terusik dengan gambar tersebut.
Untuk mengetahui cerita sebenar sila masuk ke laman blog beliau.