Selasa, 12 Julai 2011

Demo Pas tiada matlamat

Selain Anwar yang bersungguh-sungguh hendak mengadakan demo Bershit tuntutan 8 perkara dalam SPR, Pas pula merupakan parti yang bersungguh-sungguh berusaha bagi memastikan demo tersebut berjaya dilaksanakan dan berjalan lancar tanpa gagal.

Ambiga pula tak kisah. Jadi atau tidak , akaunnya sudah full, boleh pusing dunia 11 kali.

Anwar seperti biasa memantau dari jauh. Jika 1998 dia meronda dengan kereta full armored kini berada di Hilton sahaja.

Makan minum gelak ketawa dengan pemimpin Pas dan Dap dalam hotel 5 bintang.

Rakyat dikerah berarak dijalanan. Ada yang mati kerana sakit jantung.

Apa tidaknya, bertahun-tahun tak pernah buat lari pecut, tiba-tiba takut ditangkap dan takut dengan gas menyebabkan dia akan langkah seribu. Lari ke 'KLCC.

Chegu Bard pula buat fitnah , mangsa mati dengan tangan bergari.

Tony Pua menuduh polis menembak gas ke dalam kawasan Hospital Tong Sin Jalan Pudu.

Yang sebenarnya perusuhlah yang mengambil canister dan melontarkan ke dalam kawasan hospital.

Semalam 1 Agenda telah membuat satu laporan polis di Balai Dang Wangi kerana Chegu Bard membuat fitnah kononnya mangsa mati dengan tangan bergari.

Fitnah Chegu Bard amat bahaya, kerana ia mencemar nama baik polis dan perdana menteri.

Ditambah lagi dengan laporan media asing yang memburukkan kerajaan.

Kita kena faham bahawa setiap rakyat adalah dilindungi oleh undang-undang dunia yang berpusat di UN.

Polis dunia sentiasa memerhati kita dan jelas menunjukkan mereka bias kepada pembangkang.

Kita tidak ada kuasa veto. Lagi pun Barat sentiasa mencari salah kita untuk campur tangan seperti di Libya.

Seorang fakir yang berkarya di Sogo pun tahu siapa benar dan siapa salah.

Baginya, Pas telah menyeleweng daripada Islam.

Sabtu lepas, ramai peserta demo yang tak tahu tujuan mereka dibawa ke ibu kota.

Rata-rata hanya mengikut bontot orang yang menjadi ketua mereka sahaja. Tak ikut alamat tak balik kerana sesat.

Ramai antara mereka yang tak pernah jejak kaki ke ibukota.

Pas paling galak dalam demo, tetapi kekuatan mereka dalam komponan pembangkang, mereka minoriti, tiada kuasa , tiada suara.

Oleh itu Dap dan Pkr melabelkan Pas parti bodoh yang boleh dikuda kayukan bila perlu.

Anwar mahukan demo berlarutan sehingga 13 Julai, kerana esok (Selasa) kes liwat disebut semula, tetapi ternyata tidak kesampaian. Setiba saja peserta demo di sekitar Stadium Merdeka, mereka hilang arah, hilang fokus dan hilang agenda. Akhirnya bersurai begitu sahaja.

Anwar lah yang paling kecewa dengan kegagalan demo tersebut. Pas yang bodoh bingai tetap berbangga dan memuji ahlinya. Tak percaya baca Harakah.

Selepas ini akan ada lagi agenda baru yang dirancangkan oleh Anwar sehingga Pilihanraya 13 akan datang.
Sama-samakah kita pasang telinga dan menanti apakah kejutan baru mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.