Seramai 14 saksi akan dipanggil untuk memberikan keterangan sepanjang perbicaraan berlangsung sejak tahun lalu.
Benjy didakwa mengedar dadah jenis syabu dan memiliki makmal dadah di No C-13-06, Vista Mutiara, Jalan Vista Ambong kiri, Kepong Baru pada jam 3.00 petang waktu tangkapan dibuat.
Benjy didakwa dibawah seksyen 12(2) akta kesalahan dadah dan jika didapati bersalah boleh dipenjara 5 tahun dan denda RM 100 ribu.
Benjy diwakili oleh peguambela Amer Hamzah Arshad, tertuduh dikehendaki membela diri pada 19 dan 20 Julai ini.- SMD