KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Julai – SPB Software, sebuah syarikat pembangun perisian mudah alih utama, menjalin
usaha sama dengan mTraffic, pemegang hak penyiaran kejuaraan Amerika Latin, akan menawarkan penyiaran secara langsung perlawanan-perlawanan Copa America 2011 menerusi peranti-peranti Android, iPhone dan iPad untuk beberapa buah negara.
SPB Software telah membangunkan pelanggan TV yang membolehkan para pengguna sentiasa mendahului dalam kesemua acara Copa America secara masa nyata. Aplikasi itu juga menawarkan saluran Video Atas Permintaan yang meliputi perlawanan, jaringan gol, dan saat-saat menarik dan bersejarah. Penonton boleh menonton semula semua aksi-aksi menarik selepas perlawanan. App Rasmi Copa America menyediakan siaran perlawanan dalam Bahasa
Inggeris dan Sepanyol.
SPB Software dikenali sebagai SPB TV – penyelesaian kelas terbaik untuk menonton TV mudah alih secara langsung dan video atas pemintaan yang meliputi 100% peranti mudah alih yang sedia ada yang dilengkapi 3G dan platform komputer meja dalam pasaran. SPB TV sangat popular di kalangan para pengguna dan kini terdapat lebih daripada 7 juta pelanggan di seluruh dunia.
App Rasmi Copa America dibangunkan sebagai penyelesaian label putih untuk penyedia kandungan berasaskan SPB TV.
Harga dan Kesediaan Aplikasi rasmi Copa America 2011 untuk peranti-peranti Android, iPhone dan iPad tersedia di beberapa buah negara* menerusi Apple AppStore dan Pasaran Anroid pada harga $2.99
Maklumat Lanjut dan Muat Turun
Muat turun aplikasi rasmi Copa America 2011 daripada pasaran Android:
https://market.android.com/details?id=com.spb.tv.mtraffic
Muat turun aplikasi rasmi Copa America 2011 dari Apple AppStore:
http://itunes.apple.com/app/copa-america-tv/id444726973?mt=8
Muka surat produk SPB TV
http://www.spb.com/products/tv
SPB TV untuk Pembuat Telefon, Pembawa Tanpa Wayar dan Pemilik Kandungan :
http://www.spb.com/oems/mobile-tv.html
* Lihat senarai negara di mana aplikasi rasmi Copa America 2011 tersedia dalam siaran media rasmi :
http://www.spb.com/press/pressreleases/2010/dec17.html
Maklumat mengenai mTraffic (http://www.mtraffic.com.br)
MTraffic ialah cawangan digital dalam Traffic Group, yang memberi tumpuan terhadap penyelesaian pemasaran mudah alih dan hiburan interaktif, membangunkan penyelesaian pelbagai platform yang kreatif dan inovatif. Traffic Group sangat
aktif di Amerika Latin, Amerika Utara, Eropah dan Asia, membawa kepada para pengguna tempatan perlawanan-pelawanan bola sepak utama negara-negara Amerika/
Maklumat mengenai SPB Software (http://www.spb.com [http://spb.com ])
SPB ialah jenama utama dalam perisian mudah alih, membariskan produk popular dan unik untuk pengguna dan menjalin usaha sama dengan pembuat telefon bimbit yang paling inovatif di dunia serta syarikat pembawa tanpa wayar.SPB Software ialah pembuat aplikasi mudah alih nombor tunggal paling laris di dunia – SPB Mobile Shell.
Ikuti SPB Software di Twitter:
http://twitter.com/spb_software
Berhubung dengan SPB Software di Facebook:
http://www.facebook.com/spbsoftware
SUMBER : SPB Software
UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
NAMA: Jenny Pyatko
TEL : +7-812-335-6993
EMEL: pr@spb.com
TARIKH SIARAN: 8 JULAI 2011
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA (MREM)