Khamis, 28 Julai 2011

SAH, RAFIZI RAMLI MENIPU

Setelah menyelongkar laman sesawang Bank Negara ternyata dakwaan yang dibuat oleh Rafizi Ramli adalah rekaan beliau semata-mata. ( Rujuk di sini )

Bagaimanapun TM bersetuju dengan rungutan yang dibuat oleh beliau kerana ia menceritakan hal dirinya sendiri dan rakan-rakannya yang gaya hidup easy come easy go.

Generasi Razifi Ramli adalah generasi Y yang hidup atas wang plastik dan corak hidup yang mewah. Beli kereta macam tukar baju, beli handphone macam beli majalah. tempat berteduh pula ialah condo mewah yang sewaan atau bayaran bulanan mencerah 2 atau 3 ribu ringgit sebulan.

Beliau berkata, bagi mereka yang mempunyai hutang pinjaman rumah sejumlah RM280,000 (iaitu kos rumah sederhana di bandar dan separa bandar), kenaikan 25 mata asas kadar pinjaman akan meningkatkan bayaran sekurang-kurangnya RM50 sebulan.-Rafizi
Memang benar harga rumah semakin meningkat terutama di negeri dibawah jagaan Rafizi. Dua tiga hari lepas seorang anak muda mengadu kepada TM bahawa keadaan di Selangor semakin parah kerana sikap kerajaan pimpinan Dap.

Kata anak muda itu, "harga rumah di Selangor semua 200 ribu ke atas tiada lagi harga 150 ribu ke bawah, Pemaju semakin rancak meratakan bukit dan buat rumah mahal-mahal, kita berpendapatan kecil tak mampu nak beli rumah macam tu, Selangor makin teruk bawah Pakatan. Habis bukit semua gondol untuk projek rumah mewah. Mungkin satu strategi untuk mengurangkan pengundi Melayu di kawasan bandar." 

Hari ini di Pulau Pinang Adun Penaga , Dato Azhar mendedahkan usaha yang sama dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang. Projek perumahan rakyat yang dirancang oleh kerajaan persekutuan dibatalkan sebaliknya mendirikan projek perumahan yang mahal dan ia satu langkah untuk menghalau orang Melayu keluar dari pulau tersebut.  Macam ni pun Pas sokong lagi.

Kepada Rafizi Ramli janganlah nak kelentong, tak elok tu, awak datang dari MCKK. Pelajar dari sana sepatutnya berhemah tinggi dan tidak munafik.

Sebaiknya sebagai penasihat ekonomi Selangor sila tunjukkan hasil yang baik dan adil kepada semua kaum di negeri Selangor. Awak tu bukan anak Selangor pun, lebih baik balik kampung dan berbakti kepada masyarakat di sana nun di Terengganu,

Awak patut memuji usaha murni DS Najib Razak dalam usaha membangun perumahan rakyat dalam projek Greater KL. 

Berikut adalah dapatan dari Bank Negara,

PETALING JAYA: Hasrat Bank Negara Malaysia untuk menaikkan kadar pinjaman asas/kadar faedah dalam masa terdekat untuk berdepan dengan masalah inflasi akan membawa kesan negatif kepada golongan muda dan yang berkeluarga, sekiranya tindakan itu tidak disusuli dengan bantuan yang khusus kepada mereka.

“Contohnya, kenaikan sebanyak 25 mata asas (25 basis point) akan meningkatkan beban bayaran bulanan pinjaman rumah yang ditanggung oleh golongan muda.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM407 bilion (bersamaan dengan USD134.6 bilion) pada 15 Julai 2011. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.7 bulan import tertangguh dan ialah 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek. 


Pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Pemulihan ekonomi global pada suku kedua tahun ini menerima kesan daripada gangguan bekalan ekoran bencana alam dan perkembangan geopolitik, impak langkah konsolidasi fiskal, keadaan yang lebih tidak menentu dalam pasaran kewangan global dan harga komoditi yang lebih tinggi. Melangkah ke hadapan, pertumbuhan global akan terus tidak seimbang merentas rantau di samping peningkatan risiko pertumbuhan yang lebih rendah. Di rantau ini, pertumbuhan dijangka mampan hasil daripada permintaan dalam negeri yang kukuh, aktiviti pelaburan yang meningkat dan perdagangan dalam rantau.

Bagi ekonomi dalam negeri, penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan lebih sederhana pada suku kedua disebabkan terutamanya oleh permintaan luar negeri yang lebih perlahan, gangguan dalam rantaian bekalan perkilangan global yang lebih besar daripada yang dijangkakan dan pelaburan sektor awam yang lebih rendah daripada yang diunjurkan. Walau bagaimanapun, penggunaan dan pelaburan swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan. Melangkah ke hadapan, pertumbuhan dijangka meningkat, didorong oleh penggunaan dan pelaburan swasta yang terus kukuh. Prospek pertumbuhan bagaimanapun mungkin terjejas oleh risiko luar yang lebih tinggi.

Inflasi dalam negeri meningkat kepada 3.3% pada bulan Mei disebabkan oleh harga makanan dan bahan api yang lebih tinggi. Faktor penawaran terus menjadi penentu utama yang memberikan kesan kepada harga pengguna manakala harga komoditi dan tenaga global diunjurkan kekal tinggi. Terdapat juga beberapa tanda yang menunjukkan faktor permintaan dalam negeri akan memberikan tekanan menaik terhadap harga pada separuh kedua tahun ini.

Penilaian MPC mendapati bahawa risiko kepada inflasi cenderung ke arah yang lebih tinggi. Meskipun prospek pertumbuhan terus positif, wujud ketidakpastian yang lebih ketara berikutan perkembangan pada peringkat global yang telah menyebabkan terdapatnya risiko pertumbuhan yang lebih perlahan. MPC akan membuat penilaian yang teliti terhadap perkembangan dalam keadaan ekonomi dan jika didapati momentum pertumbuhan berterusan, langkah untuk terus mengembalikan keadaan monetari ke tahap yang lebih wajar akan dipertimbangkan. Ini bertujuan untuk memelihara kestabilan harga.




Nisbah Keperluan Rizab Berkanun Meningkat
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa Nisbah Keperluan Rizab Berkanun  (Statutory Reserve Requirement, SRR) akan dinaikkan daripada 3.00% kepada 4.00% berkuat kuasa pada 16 Julai 2011.

Keputusan untuk menaikkan SRR diambil sebagai langkah untuk menguruskan peningkatan mudah tunai yang ketara, yang mungkin menyebabkan keadaan kewangan yang tidak seimbang dan mewujudkan risiko ketidakstabilan kewangan.

SRR ialah instrumen yang digunakan untuk menguruskan mudah tunai dan bukan menandakan pendirian dasar monetari. Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) merupakan satu-satunya penunjuk pendirian dasar monetari yang diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas setiap mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari.
Tak ada satu pun seperti yang didakwa oleh Rafizi,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan