Dua beradik sehati sejiwa |
Menurutnya, hubungan di antara DAP dan PAS semakin erat umpama aur dengan tebing kerana kedua-dua parti memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.Mohamad berkata, bukti ketelusan DAP telah ditunjukkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng setelah mengambil alih Pulau Pinang dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) sehingga negeri itu membangun dengan pesat sekali sejak tiga tahun lalu.
“Dari sudut menjaga harta awam, Guan Eng dan wakil-wakil rakyat DAP lebih hebat, dari sudut memisahkan perniagaan peribadi dan pentadbiran kepentingan rakyat. Ini berbeza sekali dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional,” katanya kepada Roketkini.
Jika Kamaruddin Jaafar, Husam Musa adalah proksi Anwar, maka Mat Sabu adalah proksi Dap Lim anak menantu dalam Pas.
Buktinya ialah semasa kes tanah runtuh di Hulu Langat, Mat Sabu yang ketika itu belum menang jawatan timbalan presiden telah pun membawa bantuan yang diberikan oleh Dap terus ke Hulu Langat tanpa melalui Pas Pusat.
Perkara yang kedua kenapa Mat Sabu sayang Lim Guan Eng sehinggakan Lim Guan Eng boleh buat apa sahaja terhadap orang Melayu di Pulau Pinang, seperti isu larangan membaca Quran dan Tarhim sebelum subuh. Mat Sabu langsung tak berani mengkritik kebiadaban Lim,
Mat Sabu sudah dikunci tangan, kaki dan mulut dengan gaji 20 ribu sebulan kerana menjadi lembaga pengarah syarikat air negeri itu.
Dalam perebutan jawatan nombor 2 dalam Pas, kita mendengar keluhan dari peserta muktamar bahawa unsur rasuah dan beli undi menjadi jadi dalam muktamar tersebut. Tidak mustahil lah Mat Sabu berbelanja besar untuk menang jawatan no 2.
Teringat juga Din Binjai yang dirasuah dengan pingat PJK untuk membolehkan kerajaan negeri merobek dan merobohkan Kampung Binjai.