Isnin, 15 Ogos 2011

Fatwa Pas di perluaskan perlaksanaannya

Majlis Fatwa Pas Pulau Pinang dan seluruh negeri dibawah Pas akan terus melaksanakan larangan penggunaan pembesar suara ke premis lain selain masjid dan surau.

Antara tempat-tempat yang akan diharamkan penggunaan PA. System ialah Lapangan terbang, hospital, bank, sekolah, kolej dan universiti, pusat membeli belah dll.

Peniaga pasar malam juga dilarang daripada menggunaan pembesar suara dalam mempromosi jualan mereka. Ia termasuk juga kaki kelentong iaitu penjual ubat kuat yang banyak diiklankan di Harakah.

Mulai bulan hadapan juga semua pembeli akhbar lama tidak lagi dibenarkan memasang pembesar suara dan dilarang menjerit-jerit 'paper lama atau surat khabar lama'.

Penjual ais skrim juga dilarang membunyikan loceng atau memainkan lagu-lagu melalui pembesar suara.

Di Pulau Pinang, kedai-kedai kaset dan cd di larang menayangkan video atau lagu kerana menjaga telinga pengunjung kedai dan pasaraya.

Larangan seterusnya ialah pusat hiburan seperti disko dan kelab malam.

Lim Guang Eng juga akan menutup semua stesen radio kerana suara dan lagu-lagu yang disiarkan akan mengganggu ketenteraman awam.

Pas, Pkr dan semua parti politik juga dilarang menggunakan pembesar suara dalam ceramah-ceramah mereka.

Dll.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.