Exco Kerajaan Perak YB Dato Mohammad Zahir Dato Abd Khalid Adun Kamunting nampaknya tidak pernah gagal mengirimkan kad ucapan beliau. Malah untuk guru-guru seluruh Perak pun mendapat kad ucapan sempena hari guru pada 16 Mei lalu.
Yang menjadi persoalan ialah kad ucapan daripada YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir saja yang belum sampai lagi.
Tahun lepas pun sama tak ada kad dari Menteri Besar.
Beribu kad terpaksa dibuang sahaja kerana pihak yang dipertanggungjawab untuk mengirimkan kad ucapan gagal menunaikan amanah dan tanggung jawab mereka.
Siapa mereka itu? Tak perlu di sebut rasanya satu Perak dah tahu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.