Rabu, 24 Ogos 2011

Kempen mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan, gagal atau berjaya?

Pihak kerajaan telah lama menjalankan kempen memasang bendera Malaysia atau jalur gemilang pada kenderaan.
Hari Pelancaran Kemerdekaan 2011
Jika dahulu bendera diberi percuma. pak menteri dan ketua-ketua jabatan sanggup turun ke jalan raya terutama di pintu toll untuk memasang jalur gemilang kepada cermin kenderaan.

Kini usaha ini semakin kurang, mungkin kerajaan kurang peruntukkan dan ada pak menteri yang mahukan rakyat mengeluarkan belanja sendiri untuk membeli jalur gemilang. Untuk itu pihak RTM melalui tv dan radio telah membuat kempen berunsur sketsa untuk ini.

Hari ini 24 Ogos, bermakna seminggu lagi untuk sambutan hari merdeka, namun masih kurang kereta, atau kenderaan persendirian memasang bendera.

Adakah kerana rakyat lebih memberi tumpuan kepada sambutan bulan puasa dan persiapan hari raya?

Ramai juga orang awam yang ditanya pendapat mereka mengenai kempen mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan. Jawapan yang diberi ada pro dan kontra.

Mari kita teliti pendapat mereka yang tidak mahu memasang jalur gemilang.


  1. Tidak memasang bendera kerana tidak mendapat bekalan atau pemberian percuma.
  2. Tidak memasang kerana tak suka berbuat demikian. Ini kerana gam atau pelekat tidak kuat dan sedih melihat bendera bertaburan diatas jalan dan digelek, dilenyek oleh kenderaan lain. 
  3. Ini semua kempen Umno BN.
  4. Buat apa pasang bendera, kenderaan milik kerajaan pun tak pasang. cuba lihat kereta polis, kereta ambulan dan lihat kenderaan jabatan-jabatan lain, ada pasang?
  5. Tak suka pasang diluar kenderaan takut jatuh , lebih suka pasang di dalam atas dashboard.
Bagaimanapun TM tertarik dengan kenyataan nombor 4. Iaitu kenderaan milik kerajaan pun tak pasang bendera.

Pendapat ini memang betul, dari pemerhatian memang tak nampak satu pun kenderaan milik jabatan-jabatan kerajaan yang mengibarkan jalur gemilang.

Jika anda kaki tangan kerajaan, sila lihat ke luar tingkap dan berapa buah kenderaan milik kerajaan yang mengibarkan jalur gemilang?

Cuba kita lihat pula kenderaan milik GLC  dan badan-badan koperat seperti Pos , Puspakom, Mas, Felda, Fama, dan lain-lain, ada pasang atau tidak.

Jika begini lah keadaannya, kerjaaan atau badan-badan berkanum hendaklah terlebih dahulu mengibarkan jalur gemilang pada setiap kenderaan tanpa gagal.

Ini dah kira terlebih
Maka dengan sendirinya ia akan menjadi magnet dan akan menarik lebih ramai lagi rakyat Malaysia mengibarkan jalur gemilang pada kenderaan mereka.