Rabu, 24 Ogos 2011

Kisah nelayan nampak anak bulan Syawal 1983

Sultan Idris Shah
Satu ketika dahulu sewaktu Perak dibawah pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah, Perak telah mendahuli negeri-negeri lain kerana menyambut 1 Syawal sehari lebih awal daripada negeri-negeri lain. Ia berlaku pada tahun 1983.

Kisahnya bermula apabila nelayan yang balik dari laut telah melihat anak bulan dan berita tersebut diakui sah oleh pihak marin yang bertugas dilaut ketika itu.

Cerita seterusnya ialah maklumat tersebut disalurkan kepada mufti ketika itu, kata mufti pula ia perlu dimaklumkan terus kepada Tuanku kerana baginda mempunyai kuasa penuh dalam mengistyharkan hari raya.

Bila berita tersebut dipanjangkan kepada Almarhum Tuanku, baginda mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada semua rakyat jelata melalui institusi kerajaan negeri dan esoknya Perak sahaja telah menyambut 1 Syawal awal sehari dari negeri -negeri lain dan sama dengan negara lain seperti Singapore, Indonesia dan Brunei. Jabatan Penerangan dan polis telah menggunakan loud speaker mengumumkan hari raya keseluruh bandar dan kampung.

Baginda berbuat demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu betul. Biasanya apabila hari raya pertama kita akan melihat anak bulan sudah besar di ufuk barat dan tak perlu menggunakan teropong.

Di Malaysia setiap awal Ramadan dan awal Syawal terpaksa ditentukan melalui hisab dan rukyah tetapi tidak  pada bulan-bulan lain.

Kini setelah beberapa tahun penentuan awal puasa dan raya sudah tidak menjadi perkara pokok lagi kerana sudah banyak tahun ia selari dengan catatan pada kalender. Tidak lewat dan tidak awal. Tidak lagi berlonggok depan televisyen data radio untuk mendengar pengumuman oleh Penyimpan Mohor

hilal hanya kelihatan beberapa saat sebelum matahari terbenam
Ini kerana Malaysia menggunakan kaedah Imkanur-rukyah, ia hasil persidangan di Labuan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam ke 3 pada 1 Jun 1992.
Biasa dilihat pada hari pertama puasa atau raya

Kini, bulan Hijrah ditetapkan berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang mengambil masa 29 hari 12 jam 44 minit dan 2.9 saat untuk melengkapkan pusingan.

Tahniah, sistem penentuan takwim di Malaysia telah dikemaskini, cuma bagaimana dengan peringkat antarabangsa?

TM pernah menulis hal ini tahun lalu dan mencadangkan supaya takwim Hijrah di standardise satu dunia, dengan itu 1 Muharam 1 Ramadhan 1 Syawal dan 10 Zulhijah tidak berbeza-beza. Ini perlu dibincangkan dalam perhimpunan negara-negara Islam sedunia dalam OIC.


KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai 2011 bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Jika dilihat petikan ahkbar di atas, menunjukkan bahawa kita masih melihat anak bulan, dan cuba bayangkan berapakah pula belanja yang dikeluarkan oleh perbendaharaan untuk melihat anak bulan bagi menentukan puasa dan raya.

Sudah pasti ada pihak tidak akan memansuhkan aktiviti mencerap hilal kerana ia menurut sunnah rasulullah.

Sabda Nabi