Jumaat, 12 Ogos 2011

Kursus BTN untuk pastor dan padre

Semua pemimpin Kristian, pelbagai mazhab perlu diberi kursus oleh BTN. Hari ini mazhab kristian seperti khatolik , Protestant, angelic dan banyak lagi sudah jadi tak ketahuan.

Orang india dengan cara India, di Borneo dengan sidang mereka yang banyak. Mana satu tak tahu lah yang betul.  Ada rakan kristian TM pernah melahirkan rasa kurang senang dengan pertumbuhan mazhab. Hari ini lain, esok lain.

Apa yang berlaku di DUMC wajar dijadikan iktibar. Ia hendaklah ditangani dengan cara yang betul. Bukan cara Pas yang mempunyai kepentingan politik. Hadi Awang dan Nik Aziz hilang kredibiliti dalam isu ini.
Apa lagi kuda-kuda kayu yang tongong seperti Hadi Awang, Idris Ahmad, Khalid Samad dan beberapa orang lain.

Pemimpin Kristian di Malaysia ternyata sudah melampau kerana tidak menghayati perlembagaan persekutuan dalam perkara beragama.

Oleh itu satu kursus atau sesi perjumpaan antara kerajaan dan pemimpin kristian perlu diadakan segera.

Selepas diberi kursus ulangkaji tentang jus soli, perlembagaan persekutuan, mereka hendaklah akur dan tidak mengganggu atau cuba memurtadkan orang Islam.

Jika mereka terus engkar , undang-undang juga perlu diambil.

Pastor Daniel Ho (DUMC) perlu dihadapkan ke mahkamah kerana mencabar DYP Agong dan perlembagaan negara, jika terus mengulangi perbuatan mereka.

Hari ini kerajaan tidak pernah mencabar mereka di mahkamah dan inilah yang menyebabkan mereka bebas dan berani mengembangkan atau agama mereka kepada orang Islam.

Tahniah kerana Dr Hassan Ali dan JAIS. TM yakin Hassan Ali akan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap perjuangan PAS.

Hassan Ali adalah penyokong kerajaan BN tetapi karektornya telah dibunuh oleh Anwar Ibrahim dan Hassan hampir muflis.

Dr Hassan Ali adalah ancaman besar kepada Anwar Ibrahim pada awal 90an.

Rakyat seluruh negara sangat sayang dengan Dr Hassan Ali sehinggakan ada yang sanggup menyewa helikopter semata-mata untuk menatap dan mendengar ceramah beliau.

Bila jatuh dan lenyapnya Dr Hassan Ali, timbul pula Dr Fadilah Kamsah.


Dr Hassan Ali terhutang budi dengan PAS adalah disebabkan Harakah telah menyelamatkan harta benda beliua daripada dilelong dan bankrupt.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.