Selasa, 16 Ogos 2011
Sampai bila penyelewengan disel akan berakhir di Taiping
Kawasan Simpang, Trong, Kuala Sepetang. Kuala Gula dan beberapa tempat lain, perniagaan membeli minyak disel dan petrol subsidi menjadi semkin galak. Perniagaan ini di istilahkan sebagai 'kencing'.
Pembeli minyak semakin bertambah. kebanyakan menggunakan 4x4 dan sering berkeliaran di kawasan yang disebut tadi.
Dalam peta di atas adalah satu lokasi yang paling HOT di sebelah malam. Antara jam 8.00 malam sehingga 7.00 pagi adalah waktu yang selamat bagi mereka beroperasi.
Salah sebuah kereta yang membeli minyak tersebut dan sering berkeliaran di kawasan tersebut ialah Proton Wira Aeroback nombor pendaftaran ACK 1750.
Dulu kementerian yang bertanggung jawab pernah membuat tangkapan dan berita masuk surat khabar Sinar muka depan lagi..