Isnin, 15 Ogos 2011

Syukur , awal-awal lagi dah sedar.


Diantara Gambar Suspek Murtad Dalam Gereja DUMC Tampil Beri Keterangan Di JAIS










Seramai 12 umat Islam, yang berada dalam sebuah gereja di Damansara Utama ketika pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru, tampil memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat jabatan itu di Bangunan Sultan Idris Shah, Isnin.

Seramai tiga lelaki dan sembilan wanita yang berusia antara 20-an dan 40-an dilihat tiba secara berperingkat mulai 9.15 pagi hingga 1 petang.

Turut kelihatan berada di Bilik Mesyuarat, tempat keterangan itu diambil, ialah Pengarah Jais Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Datuk Abdul Majid Omar.

Menurut sumber, mereka diberi kaunseling secara kumpulan kecil antara dua dan tiga orang oleh beberapa pegawai Jais dan Jabatan Mufti Selangor.

Difahamkan bahawa proses mengambil keterangan dan diberi kaunseling itu akan berakhir lewat petang ini.

Jais memanggil kesemua 12 individu itu memberi keterangan hari ini selepas mereka gagal berbuat demikian pada 9 Ogos lepas.

"Sebahagian daripada mereka hadir dengan ditemani peguam masing-masing," kata sumber itu.