Isnin, 15 Ogos 2011

IDHAM LIM TAK CUKUP ISLAM





http://peraktoday.com/wp/?p=27942




Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-12 hari ini bermula dengan sedikit kekecohan apabila adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah tidak dibenarkan menyertai persidangan itu.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu dilihat sengaja mencetuskan kekecohan sedangkan keputusan menggantung beliau dari menghadiri persidangan berkenaan dibuat atas sebab kesalahan sendiri.

Khalil Idham digantung dari menghadiri persidangan dun ke-12 berikutan tindakan beliau yang sengaja mencetuskan kontroversi kononnya wujud adun-adun yang menggunakan khidmat bomoh pada sidang lalu.

Kenyataan yang langsung tidak berasas itu kemudian telah dijadikan perdebatan hangat pada persidangan lalu sehingga menyebabkan speaker dewan, Datuk R. Ganesan membuat keputusan menggantung adun Titi Serong.

Bagaimanapun hari ini, Khalil Idham seolah-olah dengan sengaja mahu menimbulkan semula kontroversi bomoh itu.

Apa yang dilihat, pemimpan PAS ini tidak henti-henti cuba mensensasikan isu bomoh sedangkan beliau sepatutnya berpegang kepada ajaran Islam.

Bagaimana seorang pemimpin PAS boleh mempercayai penggunaan khidmat bomoh ini atau beliau sendiri yang mengamalkan amalan khurafat ini.

Nampaknya bomoh Idham Lim tidak menjadi pada persidangan kali ini dan perkara ini yang menyebabkan beliau seperti ‘panas hati’ kerana tidak dapat menyertai persidangan.