Selasa, 16 Ogos 2011

Tarhim - Akan dirindui di Pulau Pinang



Ini dialog antara seorang wanita Melayu dengan seorang wanita Cina di Pulau Pinang;

di pasar ramadhan tadi saya berjumpa dengan seorang rakan cina puan pang yang sama-sama membeli makanan di kawasan masjid / bazaar ramadhan..... 
saya bertanyakan perihal isu laungan ayat suci di speaker masjid ketika waktu subuh. ini jawabnya pada beberapa pertanyaan saya ketika kami jalan bersama di bazaar tersebut......
"...... hai me??? tara laaa ina... mana ada kacau..... kalau tada bunyi lagi kacau..... u tau ka ina.... itu bunyi haaa..... pagi-pagi senang bangun.... anak-anak senang bangun pergi sekolah..... time cuti pun senang bangun pergi jogging... tak ada alarm pun tapa...."
"u rasa kacau u tido ka?...... hahahaha... bagus la bangun pagi-pagi.... fresh air maaaaaaa.... kita boleh jogging sama-sama.... hey.. kita punya kawan-kawan pun bangun time masjid ada bunyi maaaa...."

kalau puan pang dan kawan-kawannya boleh menerima dengan gembira suara-suara indah dari masjid..... kenapa tidak pada pada yang lain? puan pang dan kawan-kawannya hanya sekelumit kaum cina di penang.....

saya rasa isu ini adalah permulaan untuk menidakkan islam di penang walaupun kebanyakkan orang tak kisah... malah sesetengahnya lebih suka ada berkumandang ayat-ayat suci itu......

menteri besar kelantan juga terpaksa bersekongkol menyokong tindakan ini kerana tidak mahu tercicir dari pakatan pembangkang....

isu ini adalah cubaan untuk drag seberapa ramai rakyat bukan islam untuk bersama-sama dap dan meraih simpati orang islam kononnya suara ayat-ayat suci itu satu gangguan...

sekarang ni bulan ramadhan.... seharusnya di masjid-masjid sentiasa ada tadarus... bukannya menghentikan bacaan ayat suci.....

baru 2 tahun lepas saya komplen pada pengerusi masjid daerah di sini tentang ketiadaan 'suara' dari masjid... maklumlah... masjid masih baru.... tercungap-cungap datuk jay nak menjawab komplen saya.... dan sekarang ianya nak dihentikan.... mujur masih ada 'suara' berkumandang setiap hari bermula jam 5.30pagi....



""Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud).




Puak Pas terus bertegas dan menggunakan hadis ini sebagai alasan menyokong Majlis Fatwa Dap/ Pas Pulau Pinang.

Memang betul lah , Nabi menegur kepada orang yang membaca quran dengan suara yang pic tinggi dan terjerit-jerit....tetapi membaca Quran dan bertarhim belum pernah ada orang yang menjerit-jerit, sebaliknya alunan suara yang lunak dan merdu dengan pembesar suara memanggil-manggil masyarakat sekeliling untuk ke masjid dan surau.

Tarhim dan membaca Quran tidak seperti Azan yang dilaungkan. Dalam satu laman blog Pas ada menyebut bacaan quran terpaksa dihentikan untuk menjaga ketenteraman kaum-kaum lain supaya tidak wujud ketegangan kaum.

Nak tanyalah, Malaysia sudah beratus tahun penduduk-penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum. Tolong bagi satu contoh pergaduhan kaum yang disebabkan oleh bacaan Al Quran pada waktu subuh.

Di Taiping,  pada awal pembukaan Hotel The Legand yang bersebelahan dengan Masjid Jamek Taiping telah timbul satu isu Azan yang hangat di perkatakan oleh orang Pas, Malah telah menjadi modal dalam ceramah politik mereka.

Penceramah Pas menuduh Umno tunduk dengan desakan hotel supaya tidak melaungkan azan. Pas menuduh Umno lemah, takut dan menjual agama, Umno gagal mempertahan syiar Islam.

Ini hujah mereka, apa yang sebenar berlaku ialah pihak hotel telah meminta pihak masjid (bukan Umno) untuk mengalihkan speaker supaya tidak menghala ke arah hotel kerana kononnya ia mengganggu penggunjung yang menginap di hotel tersebut. Tetapi sampai sekarang pun bunyi azan seperti biasa

Sekarang, apa sudah jadi, Pas sudah terbalik kuang, terpaksa mencari nas untuk menyokong dan menghalalkan perbuatan mereka yang tunduk dengan desakan Dap Laknatullah.