Salahuddin Ayub |
Fukuda menyifatkan tidakannya itu adalah demi kepentingan rakyat Jepun setelah gagal melaksanakan beberapa dasar negara kerana Dewan Rendahnya dikuasai pembangkang.
DPP Pusat melihat tindakan Fukuda ini bukan sahaja matang, bahkan lebih demokratik setelah menyedari kerajaan pimpinannya gagal mendapat kepercayaan dewan perundangan.
Telah menjadi kebiasaan bagi para pemimpin di negeri-negeri maju di mana mereka akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul dalam pentadbiran negara yang boleh menjejaskan kepentingan rakyat.
Di Jepun sendiri, perletakan jawatan seorang perdana menteri bukanlah suatu perkara yang aneh.
Begitu juga di Barat, pemimpin politik akan segera melepaskan jawatan jilka mereka dikaitkan dengan apa-apa skandal yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat.
Inilah sikap matang dan terbuka yang diamalkan oleh pemimpin politik yang ingin melihat kemajuan negara dan kepentingan rakyat lebih diutamakan daripada mengisi tembolok sendiri.
Di Malaysia, budaya ini tidak berlaku, bahkan para pemimpin BN terus berdegil untuk kekal berkuasa walaupun telah ditolak oleh rakyat.
Sudah banyak skandal yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara yang didedahkan tidak diambil tanggungjawab oleh pemimpin BN.
Yang paling jelas ialah mesej yang disampaikan oleh rakyat dalam Pilihan raya Umum ke-12 baru-baru ini.
Lima buah negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN turut hilang majoriti dua pertiga.
Desakan untuk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur bukan sahaja datang dari rakyat dan parti pembangkang sahaja, bahkan dari dalam Umno dan BN sendiri.
SAPP, sebuah komponen BN dari Sabah secara terang-terangan menyatakan tidak percaya kepada Abdullah Badawi, manakala bekas Perdana Menteri telah keluar Umno untuk mendesak Perdana Menteri berundur.
Malangnya, pemikiran feudal dunia ketiga yang mengokong Abdullah Badawi menyebabkan beliau terus bertahan.
Sebab utama ialah supaya keluarga dan kroninya mendapat peluang mengaut kekayaan negara, manakala rasuah terus berleluasa. Rakyat terus ditindas dengan pelbagai dasar yang membebankan.
Kini, Permatang Pauh pula menghantar mesej yang lebih jelas kepada Abdullah Badawi bahawa kepemimpinannya sudah tidak relevan dan beliau mesti berhenti segera.
Jika beliau tidak mahu mencontohi pendekatan perdana menteri Jepun, rakyat negara ini akan terus menderita oleh dasar-dasar yang mengutamakan kroni dan keluarga.
DPP Pusat mendesak Abdullah Badawi supaya mencontohi keterbukaan pemimpin Jepun itu.
SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
TM_Note
Ini cerita lama dipetik daripada Harakah April 2008. Hajat Din Pudu tetah dimakbulkan, Kini masa Najib jadi PM, Din Pudu tetap mendesak Najib letak jawatan begitulah selagi Din Pudu hidup selagi itulah kerja nya.
Din Pudu lupa dalam Pas, Pkr dan Dap ramai pemimpin yang sudah tak stabil dan gagal mentadbir negeri dengan baik. Harap Din Pudu sudi-sudikan lah mendesak mereka meletakkan jawatan. Mereka yang sudah tidak releven lagi ialah MB Kedah, MB Kelantan,MB Selangor dan CM Pulau Pinang.