Ada wakil rakyat BN yang dah demam! |
Barisan Nasional Perak telah mengenalpasti beberapa calon terbaik bagi kawasan tertentu menjelang pilihanraya akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu soal masalah dalam proses pembahagian kerusi tidak wujud sama sekali.
Katanya, pada dasarnya BN negeri tidak pernah mempunyai masalah dalam konteks pembahagian kuota sebaliknya ia hanya timbul dikalangan parti-parti pembangkang.
Jelas beliau lagi, setakat ini hanya ada beberapa kawasan yang masih didalam pertimbangan untuk memilih calon yang benar-benar sesuai.
“Kita suda kenal pasti beberapa calon di setiap kawasan yang kita jangkakan adalah calon-calon boleh menang dan digemari rakyat… apa yang paling penting, pemilihan calon terbabit hendaklah turut disokong oleh ahli-ahli BN lain.
“Walaupun calon yang telah dikenalpasti itu mempunyai kriteria terbaik untuk mewakili rakyat kawasan berkenaan namun sekiranya calon itu tidak digemari ahli parti maka di masa akan datang ia boleh menimbulkan konflik dalaman sesama ahli.
Justeru katanya, setiap calon yang bakal dipilih sudah tentu merupakan seorang pemimpin yang digemari rakyat malah turut mendapat sokongan ahli-ahli parti.
“Apa-apa pun keputusannya… kita tunggu apabila ia diumumkan nanti”
Selain itu tambah Zambry, dalam aspek pemilihan calon maka sudah tentu wujud soal calon yang digugurkan.
Jelas beliau lagi, pemimpin yang digugurkan namanya sebagai calon pilihanraya akan datang harus menggunakan pendekatan tradisi parti itu.
“Bagi yang digugurkan… mereka perlu ingat ketika mereka menjadi wakil rakyat dahulu dimana mereka menang disebabkan sokongan tanpa sebarang sabotaj dari pemimpin terdahulu.
“Maka kali ini sekiranya nama mereka tidak dicalonkan… mereka sepatutnya mengambil pendekatan membantu calon baru untuk meneruskan perjuangan parti,” katanya.
Justeru soal sabotaj calon baru perlu dielakkan oleh pemimpin lama kerana ia boleh merosakkan imej Barisan Nasional.
TM_NOTE;
Kepada wakil rakyat sama ada Dun atau MP yang tak terpilih janganlah boikot pilihanraya sampai tak mahu bagi bantuan atau sokongan. Tutup pejabat atau bilik gerakan kononnya bilik atau pejabat tersebut dia yang bayar sewa.
Jangan jadi macam bekas Adun Nangka semasa PRN April lalu. angkat bungkus anak beranak dan kaum keluarga ke bandar lain dan langsung tak turun kempen dan tak mengundi. Ingat lah jasa parti yang telah menjadikan dia wakil rakyat untuk beberapa penggal.
Ingat lah berapa banyak elaun wakil rakyat yang dia dah sapu....