Khamis, 22 September 2011

Anwar Sapina Rosmah dan Najib

bantuan Umno haram, makan gaji dengan Umno tak haram sebab tu kerajaan rakyat bukan kerajaan Umno. Porah bangang punya Pas . 54 tahun Umno BN diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah. 20 tahun lebih Pas perintah Kelantan apa yang ada?

Dr Hassan Ali dipinang oleh Pas setelah dimufliskan perniagaannya oleh Anwar




Sapina telah pun diterima oleh YAB Dato Seri Najib dan isteri untuk disoal oleh peguam Anwar sebagai saksi kes liwat . Sudah tentu banyak soalan akan dikenakan kepada Najib dan isteri.



Najib dan Rosmah tidak boleh berada dalam kandang orang salah atau orang kena tuduh seperti yang Anwar telah lakukan.

Kita semua maklum bahawa Anwar telah memilih untuk duduk di kandang orang salah dengan membaca puisi, sastera, mentra, sejarah Napoleon, sejarah Mandela dan merepek meraban dengan teks setebal 33 muka surat untuk mengelakkan dirinya disoal balas oleh peguam pendakwa.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor Rabu memfailkan permohonan bagi mengetepikan sapina yang menghendaki mereka menjadi saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh.

Apabila Najib dan isteri menfailkan permohonan untuk mengenepikan sapina tersebut, menyebabkan Najib dilabelkan sebagai takut untuk berdepan dengan Anwar. Jika peguam Dato Salehuddin Saidin dan rakan-rakannya berjaya mengenepikan sapina sudah tentu akan menjadi topik hangat di media pembangkang.

Pada ketika itu mereka lupa bahawa Anwar telah berpuluh-puluh kali cuba mengenepikan tuduhan terhadapnya dan ini pihak pembangkang tak sebut langsung melihat Anwar seorang pengecut dan bacul.

Begitu juga takkala Anwar berada dikandang orang salah, pecacai Anwar tidak pula melabelkan beliau sebagai bacul.

Saudara Azli Shukri telah menulis dalam blognya mencadangkan supaya Najib meletakkan syarat seperti berikut;


Alangkah baik, sekiranya Datuk Seri Najib boleh berkata begini, “Ok Anwar Ibrahim, aku sanggup jadi saksi pembelaan kes kamu, tetapi dengan satu syarat! Kamu bersumpah dengan nama Allah terlebih dahulu bahawa kamu benar-benar tidak meliwat Saiful – sahut cabaran ini dahulu. Lepas itu baru kamu boleh dakwa aku “cool” atau pun tidak!”.- azli shukri

Kalau syarat sebegitu dikenakan sudah tentu Anwar akan merewang jauh konar lipat, konar baring mencari seribu dalil untuk menidakkan sumpah. Masih ingat temubual dengan wartawan di depan Balai Polis Dang Wangi berkenaan sumpah?

Anwar munafik sanggup dan tidak malu dan segan untuk berdolak dalik. Harapan TM supaya selesai sahaja kes liwat dimahkamah sivil bawa pula kes di mahkamah Syariah dan buat sebut kes di Kelantan sebab Nik Aziz beriya-iya sangat nak laksanakan undang-undang hudud.