Rabu, 14 September 2011

Bukit Kepong (1981) Part 6

Di keratan ini dapat Mat Indera telah mengarahkan agar polis menyerah diri kerana balai sudah dikepung sepenuhnya. Mat Indera hanya menerima arahan daripada ketuanya untuk berkomunikasi dengan pihak polis. Dahulu sewaktu menonton di tv tidak nampak sangat watak jahat Mat Indera, tetapi setelah isu dimainkan oleh Mat Sabu, semakin marah apabila melihat watak beliau sebagai pengkhianat. Macam tu pun adik Mat Indera tak mahu terima hakikat bahawa abangnya adalah komunis keparat. Adik Mat Indera mengatakan abangnya seorang guru agama daripada Angkatan Pemuda Insaf (API) dan bukan komunis, tetapi beliau lupa bahawa abangnya telah bersekutu dengan komunis sama seperti kisah Chik Komunis yang mati ditembak di Batu Kurau Perak. Jika tahun 1950 Mat Indera menyokong komunis , 2011 pula Mat Sabu menyokong Dap. Elok sangat lah. Mat Indera balaci Komunis, Mat Sabu balaci Dap. ( 2x 5 = 5 x2 ) .