Rabu, 14 September 2011

Khalid Ke Jerman Cari Pelaburan, Apa Fungsi Penasihat Ekonomi Selangor



Kenyataan Akhbar Teresa Kok, EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Selangor mencapai pelaburan perindustrian dan jumlah projek perindustrian yang tertinggi (120 projek) di Malaysia bagi Januari – Mei 2010

Statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi Januari hingga Mei 2010 mengikut negeri menunjukkan bahawa negeri Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 2.47 billion bagi tempoh tersebut. Jumlah projek perindustrian yang tertinggi Sebanyak 120 projek telah diluluskan di Selangor.

Angka ini merupakan 36% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia. Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 65 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 44 projek.

Daripada 120 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 68 merupakan projek baru manakala baki 52 merupakan projek yang diperkembangkan.

Jumlah peluang pekerjaan yang tertinggi Tambahan lagi, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang tertinggi dengan 7,602 pekerjaan.

Pelaburan tempatan yang terbesar RM 942 juta atau 38% daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala RM 1.52 billion or 62% terdiri daripada pelaburan tempatan.

Ini menunjukkan bahawa pelaburan tempatan amatlah penting bagi kerajaan negeri Selangor. Pelabur tempatan masih kekal melabur di Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Pelaburan asing dari seluruh pelusok dunia Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Jepun menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM366 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 121 juta, dan Jerman dengan RM116 juta.

Selangor masih pilihan terbaik bagi pelabur Bilangan projek perindustrian yang tinggi di Selangor menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih lagi mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur asing dan tempatan.

Teresa Kok
18 Ogos 2010
Shah Alam, Selangor.


Menteri Besar yang paling tak berkualiti dalam sejarah negeri Selangor hari ni mengumumkan yang dia akan melakukan lawatan rasmi ke Jerman bagi menark pelaburan ke Selangor. Dia akan mulakan lawatan rasmi yang tak berfaedah tu selama 5 hari dengan menggunakan duit rakyat serta hasil kutipan dari pembayar cukai di negeri tu.
Persoalannya, tahu ke Khalid gagap ni pasal pelaburan? Dan dia tahu ke macam mana nak jelaskan pada pengusaha-penguasaha kilang di Jerman tu pasal negeri Selangor? Rakyat Selangor sendiri tahu, Khalid ni tak buat satu apa pun selama dia dan Pakatan perintah negeri. Kawasan sendiri pun dia tak jaga, sekarang ada hati pulak nak tarik pelaburan di luar negara?
Lagi satu, pelaburan apa yang Khalid nak tawarkan pada orang Jerman tu? Di Selangor sekarang ni dah penuh dengan rumah urut dan pusat-pusat hiburan. Mungkin Khalid nak memperkenalkan Selangor sebagai Hub Hiburan yang paling pesat membangun dalam Malaysia agaknya?
Malang sungguh rakyat Selangor sebab dapat Menteri Besar yang paling tak cerdik dalam sejarah ni. Kalau difikirkan balik, kenapa pulak Khalid yang sibuk nak pergi tarik pelaburan masuk ke negeri tu? Adakah Khalid ni perasan yang dia tu lebih layak dari Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI)?
Dan memang tak cerdik langsung tindakan Khalid bila dia rasa dia mampu untuk bercakap mewakili Menteri bagi membincangkan pasal pelaburan di Selangor. Kalau ikut hieraki, Anwar lagi layak sebab Al Juburi tu dah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor. Jadi apa hal pulak Khalid tak bawak Anwar sekali ke Jerman?
Cuba kita fikir.., Khalid pergi ke Jerman untuk bincangkan hal pelaburan dan untuk memperkenalkan Selangor sebagai satu destinasi pelaburan yang baik. Tapi dia bawa Xavier Jayakumar bersama-sama dia ke sana. Ini satu lagi tindakan Khalid yang paling bodoh sebagai seorang Menteri Besar.
Nak berbincang pasal pelaburan tapi bawa Exco Kesihatan , Kebajikan Pekerja Ladang , Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin? Kenapa Khalid tak bawa Teressa Kok yang pegang jawatan Exco Pelaburan Perdagangan dan Industri Selangor? Nyonya cina tu tak layak ke bercakap soal pelaburan?
Nampak sangat yang Teressa Kok tu tak layak dan tak boleh harap sebagai sorang Exco yang dipertanggung jawabkan menjaga soal pelaburan negeri. Kalau dah Menteri Besar sendiri tak percaya kemampuan Exco pelaburannya, buat apa lagi menghabiskan duit rakyat untuk membayar gaji dan elaun kepada Teressa Kok?
Khalid ni pun satu.., takkan selepas tiga tahun lebih perintah negeri, baru nak sedar tentang usaha untuk promosikan pelaburan masuk ke Selangor? Selama ni Khalid dan kawan-kawan dia buat apa di Pejabat Menteri Besar? Rompak duit rakyat dengan makan gaji buta ke Khalid oii..?
Sekarang ni rakyat Selangor dah makin muak dengan pemerintahan kartun Pakatan didalam negeri. Bukan saja mereka tak cerdik mentadbir, tapi mereka juga bodoh dalam menangani isu sosial. Cerdik puak-puak tu hanya dalam bab menyonglap duit rakyat serta harta perbendaharaan negeri saja.
Rakyat Selangor sekarang ni harus sedar bahawa Menteri Besar mereka sebenarnya sedang menghancurkan negeri. Rakyat Selangor seharusnya berdoa dan bermunajat pada Tuhan agar terselamat dari malapetaka yang bakal hadir disebabkan kedungguan Pemimpin-pemimpin Pakatan tu semua.- MyKMU


TM_Note


Pelik sekali kenapa kenyataan media untuk tahun ini dibuat oleh Faekah dan paling menarik ialah isu lawatan pelaburan ke Germany. ini satu pembohongan, Khalid ke Germany dan beberapa orang kroninya ialah untuk perbincangan sulit dengan Anwar untuk menghuru-harakan negara menjelang PRU 13. 


Salah satu sasaran serangan mereka ialah Taib Mahmud. Ini terbukti kerana Anwar berjaya mempengaruhi pihak German kononnya Taib terlibat dalam wang haram dan Anwar mendesak siasatan oleh pihak Germany.


Anwar sebenarnya mengahadiri satu program agama kristian khatolik. Dia pergi senyap-senyap takut rakyat marah. Khalid gagap menyusur kemudia tanpa membawa Teresa Kok Exco EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor


Mungkin orang Pas tak tahu perkara ini kerana orang Pas hanya baca Harakah saja.