|  | 
| DR BOO | 
Perbalahan antara DAP dan PKR berhubung agihan kerusi di Johor 
semakin parah dengan Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau mengisytiharkan 
bahawa parti itu tidak akan duduk di meja rundingan bersama PKR sekali 
lagi.
“Rundingan 
antara DAP dan PKR di Johor telah tumbang. Kepimpinan pusat akan 
menentukan sama ada beberapa kerusi akan menyaksikan pertandingan tiga 
penjuru,” katanya dipetik oleh akhbar 
China Press.