Selasa, 20 September 2011

Ekonomi negeri PR buruk, Najib yang dipersalahkan

Warga USM menyokong PR
 Pakatan Rakyat begitu mudah mendesak semua menteri kabinet meletakkan jawatan, tetapi mereka puak-puak pakatan haram lupa bahawa mereka patut mendesak menteri mereka di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan meletakkan jawatan kerana gagal mentadbir negeri dengan baik. Mereka lupa bahawa sewaktu Anwar menjadi menteri kewangan, negara hampir bankrup dan tunggu masa untuk dibaham oleh IMF.

Pakatan Rakyat menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan Menteri Kewangan untuk diambil alih oleh orang lain yang lebih layak, sebelum ekonomi negara merudum jatuh-roketkini

Antara kegagalan menteri-menteri pakatan haram ialah;
  1. Pulau Pinang memberi bantuan kepada fakir miskin dengan wang judi.
  2. Kerajaan negeri PR gagal menyediakan sistem perumahan yang baik kepada rakyat terutama di Kelantan dan Pulau Pinang.
  3. Kerajaan pakatan terlalu galak menggondolkan bukit dan mendirikan perumahan mewah yang harganya melebihi RM300 ribu.
  4. Selangor gagal menunaikan janji untuk memotong 10 - 20 peratus cukai pintu seperti yang dijanjikan.
  5. Ekonomi Selangor gagal diuruskan dengan baik sehingga Khalid terpaksa ke Germany di saat akhir untuk menyelamatakan ekonomi negeri yang sudah meruncing.
  6. Pulau Pinang dan Kedah menaikan tarif air sedangkan mereka berjanji untuk memberi perkhidamatan yang baik dengan kos yang murah.
  7. Kejadian keruntuhan akhlak remaja Kelantan semakin buruk sehingga memecah rekod sebagai negeri paling tinggi pengidap AIDS/HIV.
  8. Kelantan gagal menyediakan kemudahan asas yang baik kepada rakyat seperti jalan-jalan raya, bekalan air bersih, masjid tidak dibangunkan (apa yang ada adalah hasil usaha BN).
  9. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan semakin teruk kerana mereka gagal menyalurkan peruntukan negeri sebaliknya hanya berharap kepada bantuan kerajaan pusat.
  10. Semua negeri membazirkan wang rakyat dengan membeli kereta mewah keluaran luar negara dan tidak mengutamakan kereta tempatan.
  11. dll