Rabu, 21 September 2011

Dun N 16 Kamunting akan kekal milik BN dalam PRU 13

Kepala Nik Aziz keras, tak payah pakai topi keledar.
Setelah mendedahkan bahawa Pas telah berusaha untuk menguasai kerusi DUN Kamunting dalam PRU 13 akan datang dengan mengimport pengundi luar  dan jumlahnya sudah mencecah 2000 orang telah mendapat respon dari beberapa orang dalam BN Taiping.

Sumber menyatakan usaha Pas hanya sia-sia sahaja kerana Umno telah mengatasi pengundi import Pas. Sumber maklumat menyatakan BN telah melakukan perkara yang sama dan tidak menyalahi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh SPR.

Apa yang dibuat oleh BN?

Ia pasti menyebabkan Pas Taiping mengelabah. Jawapannya BN telah bawa lebih dari 5 ribu pengundi luar termasuk pengundi pos untuk menang besar dalam PRU 13 akan datang. Menurut sumber ini bukan rahsia lagi dan penambahan sedang giat dibuat. Kalau Pas nak protes.....sila kan