Rabu, 21 September 2011

PLUS perlu siasat tonto yang berkeliaran di lebuhraya





REMBAU 20 Sept. - Hasrat seorang wanita untuk pergi bercuti di Nepal tidak kesampaian apabila dia maut selepas teksi dinaikinya merempuh sebuah lori muatan bekas tong arak yang baru terbalik dan merintang di tengah-tengah lebuh raya dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 5.25 pagi itu, mangsa, Liong How Yin, 39, dan pemandu teksi itu, Azhar Abdul Karim, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas teksi limosin jenis Naza Citra dinaiki mereka gagal dikawal lalu merempuh lori kargo itu.

Ketika kejadian, teksi dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Melaka menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur .

Sebaik sahaja tiba di Kilometer 235, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Plaza Tol Pedas-Linggi, teksi itu gagal mengelak dan merempuh sebuah lori yang baru terbabas dan terbalik menyebabkan ia merintang di tengah lebuh raya.

Menurut jurucakap polis, Azhar meninggal dunia setelah tersepit di tempat duduknya yang remuk teruk, manakala How Yin yang duduk belakang turut maut akibat cedera parah di kepala.

"Mangsa berasal dari Bukit Beruang, Melaka manakala pemandu teksi itu berasal dari Alor Gajah, Melaka.

"Bagaimanapun, pemandu dan kelindan lori kargo itu gagal dikesan selepas kemalangan tersebut," katanya ketika ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom yang mengesahkan kejadian itu dan pihaknya masih dalam siasatan pihaknya.

Sementara itu, suami How Yin, Liew Chee Keong yang tiba di lokasi kemalangan hari ini mendakwa, dia gagal mengesan semua dokumen penting termasuk pasport dan wang tunai isterinya.

TM_Note;

Kemalangan jalanraya sering berlaku dilebuhraya akhir-akhir ini, dan peliknya sebaik sahaja berlaku kemalangan , tonto tarik kereta akan muncul dalam tempoh beberapa saat sahaja. Ia menggambarkan seolah-olah mereka lah yang merancang kemalangan tersebut.

Seperti kejadian diatas, sudah tentu ia berlaku dalam keadaan gelap dan lori yang terbalik dalam keadaan sukar dilihat walaupun lampu kereta terpasang.

Dahulu sering berlaku kemalangan berhampiran Terowong Menora. sebaik sahaja kenderaan keluar dari terowong tersebut dan menuruni bukit tersebut, kerap berlaku kemalangan terutama pada hari hujan dan selepas pihak PLUS memasang kamera cctv di kawasan tersebut sehingga hari ini tidak ada lagi kemalangan yang boleh dikaitkan dengan tonto truk tunda.

Satu ketika dahulu kemalangan kenderaan terbabas dengan sendirinya kerap dilaporkan di lebihraya Karak. Mana mungkin sebuah kereta boleh terbabas dengan sendirinya jika tidak ada pihak yang buat kerja khianat seperti menuang minyak disel di atas jalan.

Di sebelah negari Perak kawasan sekitar 3 lorong  yang bermula dari Slim River ke Selatan menjadi kawasan yang kerap berlaku kemalangan lebih-lebih lagi pada waktu malam.  Mesti ada sebab musabab kemalangan kerap berlaku. Harap pihak yang berwajib dapat menyiasat kegiatan tonto lebih lagi pada waktu malam