Jumlah kehadiran raya BN lebih ramai daripada ahli PKR seluruh negara |
Sudah banyak kali, tahanan ISA membawa kes ke mahkamah dan menyaman balik pihak kerajaan kerana menahan mereka secara tidak sah dan sudah ada yang berjaya dalam saman dan tuntutan ganti rugi.
Ia menunjukkan bahawa akta tersebut masuk ada ruang kosong yang boleh dimanipulasi oleh mereka yang ditahan di bawah ISA.
Seorang pegawai polis yang disaman oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim menyatakan bahawa terdapat beberapa alasan yang mewajarkan beliau menahan ahli politik wanita itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 pada 2008.-Utusan
Kini ditambah lagi dengan Perisytiharan Hak Asasi Manusia yang didokong oleh Suaram telah menjadikan Akta perlu dihalusi dan dibuat penambahbaikan. Kita tunggu dua akta baru, baru lah Teresa Kok tak ada hak dan ruang untuk mencabar polis dan kerajaan seperti di atas.
Di Malaysia, sebahagian daripada hak-hak asasi manusia adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara lain, Perlembagaan ini menjamin kebebasan untuk hidup, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun dan berpersatuan; beragama dan juga hak-hak bersangkutan pendidikan.
<