"Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini disamping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen," kata beliau di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu.
Tiga negeri tersebut ialah Kelantan, Kedah dan Perak? ( Pas hanya menang 6 kerusi sahaja di Perak, lainlah kalau semua 21 kerusi yang dipertandingan menang semua) Bodoh punya Hadi Awang.
Lihat rajah di atas, Pas sebuah parti yang wujud sejak 1950 hanya mampu menang dengan 24 kerusi berbanding Pkr yang baru setahun jagung pun menang 31 kerusi. Pas hanya menumpang belakang Dap dan Pkr untuk mendapat 24 kerusi tersebut.
Kemenangan 24 kerusi tersebut adalah kerana Pas menipu pengundi dengan ayat ' Orang Islam haram undi bukan Islam, Orang Islam wajib undi calon Islam'
Pas yang kemaruk kuasa telah menjual punggong kepada Dap untuk menubuhkan kerajaan campuran di Perak, Kedah, Penang dan Selangor. Sebelum ini mereka menyatakan haram bekerjasama dengan bukan Islam.
Pas terus memunafikkan diri mereka dengan bersekududukan dan menyokong Dap dan hari ini Pas menyokong ideology Dap yang cuba menghidupkan kembali fahaman komunis. Pas melalui Mat Sabu sekali lagi menjadi manusia paling hina dan jijik dalam parti yang mengaku Islam.