Jumaat, 2 September 2011

Takziah: Haji Abdullah Sani meninggal dunia

Hj Abdullah Sani kanan sekali
Sebentar tadi TM menerima panggilan dari sahabat memaklumkan bahawa Tuan Haji Abdullah Sani bekas pegawai kesihatan di Kementerian Kesihatan telah kembali ke rahmatullah petang ini di rumahnya di Taman Ria, Simpang  selepas bertarung dengan penyakit kanser hampir setahun.

Beliau seorang yang amat dikenali di Taiping kerana bergiat cergas dalam Persatuan Bulan Sabit Merah dan memperolehi beberapa pingat seperti AMP, PPN, PPT dan PJK.

Pada tahun 1995 beliau beralih angin dengan menyertai Pasukan Sukarela Pertahanan Awam yang berpangkalan di Taiping dan pangkat terakhir disandang beliau ialah Kapten sehingga menamatkan tugas pada usia 60 tahun.

Beliau juga bertugas secara kontraknya selama 4 tahun dengan kementerian kesihatan di Hospital Daerah Taiping selepas bersara wajib pada usia 56 tahun.

Jenazahnya akan dikebumikan esok pagi.- Al- Fatihah...