Dr Dzul memang tidak mahu hudud dilasanakan secara tergesa-gesa [rujuk youtube] . Beliau risau jika Pas melaksanakan hudud, Pas akan hilang sokongan pengundi bukan Islam dan juga mengengkari atau mencabuli perjanjian mereka dengan Dap.
Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah demokrasi melalui saluran perundangan dan bukan secara memaksa, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.
Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan. "Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara terpaksa atau melalui pintu belakang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Dalam perkara Pas hanya perlu memutarbelitkan isu ini dikalangan pengundi Melayu supaya Pas nampak lebih Islamik dan menarik pengundi Melayu sahaja. Pada dasar dan hakikat sebenar perjuangan Pas masa ini tidak ada langsung hasrat untuk melaksanakan hudud atau membentuk sebuah negara Islam. Ia hanya gimik politik sahaja. [ rujuk ucapan Nizar di dewan dun Perak].
Pas atau Hadi Awang sememangnya telah mengeluarkan satu handout berkenaan Hudud dan boleh dimuat turun melalui internet satu ketika dahulu.
Draf tersebut telah ditolah oleh Tun Mahathir, salah satu sebab kerana draf tersebut tidak lengkap dan terlalu umum dan hanya menceritakan secara dasar sahaja tanpa perincian yang mendalam.
Oleh sebab itu Tun Mahathir telah menjelaskan dalam perhimpunan Umno di PWTC secara terperinci mengenai hukum yang perlu dilaksanakan jika hudud dilaksanakan. Dalam draf hudud Pas ada menyebut tentang potong tangan tetapi tidak menjelaskan bagaimana ia dilaksanakan prosidurnya atau tatacaranya, ia hanya tulis, pencuri akan dipotong tangan.
Begitu juga dengan halnya dengan hukuman kepada yang ditangkap kerana berkhalwat, ia menjelaskan jika pasangan bukan Islam ia akan dibebaskan tetapi yang Islam akan menerima hukuman. Jika ini dilaksanakan maka satu strategi penginayaan akan berlaku secara halus. Jadilah anak-anak kira seperti mangsa kezaliman tentera Serbia ke atas anak gadis Bosnia.
Draf hudud tersebut dibuat oleh Hadi Awang ternyata beliau hanya bercakap kosong tanpa isi dan Tun Mahathir lebih bijak dan arif mengupas isu hudud satu persatu-satu pada petang ucapan penangguhan beliau yang memukau jutaan rakyat Malaysia yang mengikuti ucapan melalu tv dan radio.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5550-hudud-pas-akan-ikut-saluran-bukan-sembrono