Khamis, 22 September 2011

KEMANAKAH KERAJAAN NEGERI KEDAH HILANGKAN RM93 JUTA!!!



Macam ada sesuatu yang tak kena dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah, OSTAT KITA tentang lebihan RM93 yang tidak dibelanjakan untuk pembaikan serta penyelenggaraan jalan-jalan raya di seluruh Kedah. Daripada RM147 juta, kerajaan Kedah hanya membelanjakan RM54 juta.

Anehnya, jalan-jalan raya di seluruh Kedah terutama sekali di kawasan yang agak terkeluar dari jajaran bandar seperti Mahang-Kulim, Labu Besar-Sungai Petani, Selama-Serdang, keadaan jalanrayanya tidak ubah seperti MUKA SAIFUDDIN NASUTION TERLUPA BUBUH BEDAK!!! Berlekuk-lekak di sana-sini. Malah sekali imbas, seolah-olah kita berada pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua!

Dengan keadaan jalan raya yang sangat daif, untuk apa sebenarnya lebih wang peruntukan berkenaan dimasukkan ke dalam tabung amanah seperti yang cuba diterangkan oleh OSTAT KITA? Belanja berdasarkan bajet tetapi keadaan jalan raya di Kedah, semakin lama semakin buruk. Seperti juga keadaan jalan raya di Selangor, terutama sekali di Pandan Indah dan Ampang!