Khamis, 22 September 2011

Projek Talian Hayat Drs Khalil Idham Lim (Idham Care)

Wakil Rakyat Pas N08 Titi Serong Drs Khalil  Idham Lim atau lebih dikenali sebagai Cina Islam merupakan seorang wakil rakyat yang cukup bijak dan selangkah kehadapan. 



Beliau telah menubuhkan NGO yang dikenali sebagai Idham Care dan telah mengiklankan NGO nya dalam akhbar yang sentiasa bersinar-sinar iaitu Sinar Harian. 


NGO ini bertujuan untuk membina sebuah komplek pendidikan Darul Anwar (lihat foto diatas) dan memerlukan dana sebanyak RM 5 juta.  


Dalam NGO tersebut, beliau bertindak sebagai Pengerusi, Isterinya sebagai Timbalan Pengerusi, Beliau juga melantik Sharifuddin Abdul Gani sebagai pegawai perhubungan. 


Difahamkan akaun NGO tersebut adalah atas nama isteri beliau dan bukan atas nama NGO.[ kena siasat kesahihannya perkara ini sebab dalam iklan sebut Idham Care - Maybank ] .


 Dalam iklan tersebut beliau menjual tapak wakaf bernilai RM 10 dan sijil akan dikeluarkan. Persoalannya ialah ia mengikut proses yang dibenarkan oleh sistem dan perundangan atau ikut suka hati kepala dia sahaja.


NGO Idham Care juga [Nama macam Yayasan]  juga telah berjaya mengutip dana yang besar pada bulan puasa lepas untuk memberi bantuan barang dapur kepada pengundi Titi Serong seperti , beras, minyak masak, gula, tepung dan lain-lain barang dapur.


Idham Lim dulunya seorang guru dan sikap angkuh dan bongkaknya menyebabkan beliau tidak begitu popular dalam Pas Parit Buntar, tak percaya tanya Muhajid Yusof yang pernah berkongsi pejabat dengan beliau.


Kerusi Pas Titi Serong juga bakal dirampas oleh orang lain, Idham kemungkinan dicadang untuk bertanding di Hulu Perak . Oleh kerana kerisauan dan kebimbangan inilah menyebabkan beliau berusaha sesuatu untuk satu projek besar yang mengambil masa sekurang-kurang 2 tahun untuk siap.


Ini lah modalnya untuk terus kekal sebagai wakil rakyat Titi Serong.  Masih ingat bagaimana Pas Parit Buntar mengusir Dr Hassan Ali yang telah berjaya menumbangkan calon BN dalam Pru 1990 dahulu. Kerusi Dr Hassan telah dirampas oleh Ahmad Awang.