By Mohd Noordeen:
Ideologi Komunis adalah anti agama dan Tuhan terutama Islam. Tokoh-tokoh Komunis Komunis sperti Karl Marx, Mao Tze Tung, Lenin, Stalin dan lain-lain memusuhi agama khususnya Islam. Sebab itu umat Islam di negara Kesatuan Soviet, di China, di Indochina ditindas sama ada dibunuh, dipenjara mahupun dinafikan hak sebagai Muslim.
Begitu juga di Malaysia, setelah kekalahan Jepun 1945, Komunis telah memerintah Malaya ketika itu dengan melakukan pelbagai kekejaman terhadap orang Islam/Melayu dengan membakar kampung-kampung Melayu, membunuh tokoh-tokoh agama dan orang Islam termasuk kanak-kanak tanpa belas kasihan. Lantas muncul angkatan Parang Panjang menggempor pengganas komunis terutama di Batu Pahat, Johor dan di Sg Manek, Perak.
Parti Komunis Malaya bukan sahaja dianggotai oleh orang Cina bahkan orang Melayu yg jiwa sosialis mereka memang berfaham komunis dan pastinya mendewakan ajaran komunis. Komunis Melayu berfokus faham Lenin-Stalin manakala komunis Cina berfokus faham Mao Tze tung.
Jika kini wujud penyokong komunis dan mendewakan komunis dan mengiktiraf mereka sebagai pejuang kemerdekaan menandakan orang itu buta sejarah dan kerana wujudnya komunis di Malaya adalah menentang tentera Jepun (MPJA) dan ingin mendirikan rejim komunis setelah Jepun tumbang. Sudah tentu komunis juga anti Raja/Sultan jerana mereka bercita-cita mahu menjadikan sebuah republik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.