Sabtu, 17 September 2011

Lawak bodoh drp Us Mohd Akmal Kamarudin

Jenazah Mat Indera Wangi - Pak Abas



TAIPING: "Jenazah Mat Indera bau wangi dan bersih ketika saya uruskan jenazah beliau, saya mintak Pak Kob jaga elok elok kubur ini. Kubur ini ada jasad pejuang kita".

Itulah kata kata nasihat Pak Abas yang mengurus jenazah Mat Indera kepada rakannya yang dikenali Pak Kob yang kini menjaga kubur Mat Indera.

Kisah ini diceritakan oleh penjaga tanah perkuburan ini yang hanya mahu dikenali Pak Kob kepada rombongan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Firdaus Jaafar dan juga Pemuda PAS Perak yang diwakili oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin yang telah melawat ke pusara Mat Indera di Taiping pada 8 September lalu.

Kesempatan melawat pusara Mat Indera itu diambil oleh Ustaz Akmal menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada Pak Kob selaku petugas yang menjaga tanah perkuburan termasuk kubur Mat Indera.

Beliau menyifatkan Pak Kob berhati mulia kerana menjaga kubur Mat Indera.
TM_Note;
Beberapa soalan perlu dijawab oleh Mohd Akmal antaranya ialah;
  1. Benarkah Pak Kob menguruskan jenazah, kerana kebiasaannya ia diuruskan oleh pihak penjara hinggalah proses pengkebumiannya.
  2. Mana gambar Pak Kob dan berapa usia beliau sekarang.
  3. Apa bukti Pak Kob menjaga kubur Mat Indera kerana  gambar diatas adalah dalam keadaan biasa sahaja.
Untuk pengetahuan umum, Mohd Akmal adalah anak bekas pesuruh jaya Pas Perak iaitu Us Kamarudin Awang Basir yang berkali-kali kalah bertanding kerusi Parlimen Larut.  Ada banyak cerita menarik tentang keluarga mereka dan pasti masa akan datang akan didedahkan juga demia kebaikan negara.