Sabtu, 17 September 2011

Pas Taiping dalam perancangan untuk merampas DUN Kamunting

Sejak kalah tipis dalam PRU 12 di DUN Kamunting, Pas Taiping tidak pernah putus asa untuk menawan kerusi Melayu nan satu ini.

Untuk makluman Parlimen Taiping mempunyai 3 kerusi Dun iaitu Pokok Assam, Aulong dan Kamunting. Dahulu kesemua kerusi Parlimen dan ketiga-tiga Dun merupakan kerusi kuat BN sejak sekian lama.

Dalam Pru 2008 hanya kerusi Dun Kamunting sahaja yang kekal milik BN dan 3 kerusi lain jatuh ke tangan DAP. Dengan kata lain sejak dahulu kerusi Kamunting sahaja lah yang diperuntukkan kepada Umno, Manakala 3 lagi adalah milik Gerakan.

Punca kekalahan Parlimen Taiping dahulu ialah kerana pengundi protes terhadap Presiden PPP Datuk Kavies. Pada  PRU 2004 Kavies telah dibidan terjunkan oleh Pak Lah untuk bertanding di Bukit Gantang tetapi mendapat bantahan kuat daripada Umno Bukit Gantang.

Sebagai gantinya Tan Lian Hoe telah berpindah daripada menjadi calon Gerakan Taiping ke Kamunting dan Kavies mengambil alih tempat Dato tan.

Pas pula sejak azali lagi bertanding di Kamunting kerana hanya kerusi itulah yang ramai pengundi Melayu berbanding Aulong dan Pokok Assam dan dalam rekod SPR, Pas tidak pernah menang pun.


Selepas kalah dalam Pru 12, Pas telah menggunakan strategi baru dan mereka yakin akan menang besar pada Pru 13 akan datang.

Salah satu strategi mereka ialah memburuk-buruk Umno melalui fitnah yang disebarkan melalui laman blog, flyer dan paling efektif ialah ceramah. Lihat carta di atas, ia salah satu propaganda Pas untuk menjatuhkan maruah BN.

Satu lagi strategi Pas ialah memindahkan pengundi mereka dari Pokok Assam dan Aulong ke  Kamunting. Proses dibuat secara betul dan sah.  Pada peringkat permulaan ialah dengan menukar alamat tempat tinggal dari kawasan lain ker mana-mana alamat di dalam kawasan Dun Kamunting melalui Pejabat Pos.

Apabila selesai sahaja pertukaran alamat, tugas seterusnya dipikul oleh pegawai seranta Spr yang ada pada setiap parti. Satu bahagian diperuntukkan 3 orang.  Mereka inilah yang akan memindahkan daftar pengundi ke Dun Kamunting .

Kini dianggar jumlah pengundi luar yang masuk ke Kamunting sudah melebihi 1500 orang.  Setakat hari ini belum ada maklum balas atau bantahan dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan usaha pemindahan ini. Jika Umno ingin membuat bantahan ia hendaklah merujuk kepada SPR dengan bayaran RM 10 untuk setiap kepala dan wang tersebut tidak akan dikembalikan.

Adalah difahamkan usaha sebegini juga sedang rancak di Dun Sg Rapat, Dun Kubu Gajah, Dun Alor Pongsu Bagan Serai dan kawasan yang Pas kalah tipis...

Apakah pihak War Room Negeri ( Mat Piah) dan War Room Bahagian sedar akan kewujudan ini atau mereka masih lena tidur dan membontot Menteri Besar ke sana ke mari .