Salah seorang pegawai kanan PDRM bercakap di Johor dan baru disiarkan di berita RTM jam 5 telah menyatakan bahawa masalah menangani mesin judi di cyber cafe adalah tanggung jawab bersama bukan dipikul oleh polis sahaja.
"Mesin judi adalah cerita lama, katanya. Jadi kalau cerita lama kenapa PDRM masih gagal mengawal dan menangani isu ini.
Di Taiping terdapat lebih 50 cyber cafe yang menjalankan judi mesin kuda dan premis ini bersepah di taman-taman perumahan.
Mereka yang menjadi mangsa ialah remaja yang bekerja disektor collar biru.
Mengikut sumber maklumat kesemua premis tersebut adalah milik seorang dua taico sahaja. Mereka juga menguasai judi bola sepak piala dunia tahun lepas.
Satu sumber lagi menyatakan ada pihak polis yang bertukar ke satu kawasan dan membuat operasi besar-besaran menghapuskan sarang-sarang judi tetapi bila semua sudah clear, pegawai tersebut mambawa masuk taico lain untuk menjalankan premis perjudian.
Jika benar dengan maklumat ini pegawai tersebut perlu diambil tindakan oleh pihak atasan kerana mengkhianati amanah yang diberikan kepada mereka.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.