Bekas Menteri Besar Perak ke 10 Nizar Jamaludin berkata dia ada cara untuk Pas merampas Johor.
Katanya semua ahli Pas mesti sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga.
Satu lagi formula yang dia tak sebut ialah 'Tipu Pengundi'. Sewaktu dalam PRU 12 di Pasir Panjang, formula Nizar cukup mudah. Nizar berkempen supaya pengundi menolak calon kafir BN dari parti MIC.
Kata Nizar, Orang Islam berdosa dan haram jika mengundi calon kafir. Nizar juga mengedarkan risalah supaya pengundi Melayu menolak BN dan undi Pas untuk menegakkan hukum Allah dan membetuk sebuah negara Islam.
Nizar patut malu kerana Pas Perak hanya menang 6 kerusi daripada 21 kerusi yang dipertandingkan.
Nizar boleh berbangga dan menjual formula nya jika menang 22 daripa 21 kerusi. ( 1 lompat katak).
Sudahlah, tak payahlah menjual minyak jauh jauh sampai ke Johor. Pengundi Pasir Panjang sudah menyampah dengannya. Mereka tak sabar nak campakkan Nizar ke Sungai Dinding.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.