Isnin, 19 September 2011

Mohd Akmal Kamarudin meracau kemaruk nak jadi YB


Pemuda UMNO ada teloq ka?

Jumaat, 9 September 2011


IPOH, 9 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak mencabar Naib Ketua Pemuda Umno negeri itu, Mohammad Annuar Ariffin berdebat berhubung isu Mat Indera dan pejuang kemerdekaan.
Menantu Hadi Awang

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, ketua penerangannya Mohd Akmal Kamarudin berkata cabaran debat itu ekoran tindakan Mohammad Annuar yang begitu "bersemangat" melebalkan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu sebagai menyokong komunis hanya kerana mempertahankan Mat Indera.

"Kami pada hari ini mempelawa Annuar untuk bersama di atas satu pentas debat jika beliau benar-benar berani dan yakin untuk berhujah secara ilmiah. Walaupun kami sedar bahawa Annuar bukanlah seorang tokoh muda yang berani berdepan dengan musuh politiknya kerana acap kali memberikan alasan untuk ‘lari’ atau takut berdepan secara ‘anak jantan’," katanya.

"Kami boleh ibaratkan Annuar dan Pemuda Umno tak lebih seperti ‘Persatuan Kontraktor Kelas F’. Hanya pandai bercakap di belakang atau depan media sahaja tetapi tidak sepertimana ‘indah khabar dari rupa’. Kami menunggu atas semangat ‘anak muda’ yang menunggu saat yang sudah lama ditunggu-tunggukan," katanya mengemukakan cabaran.

Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Mohammad Annuar berhubung perkara itu.

TM_Note

Us Kanyaq ini adalah anak bekas Calon Pas yang tak pernah menang-menang di Larut iaitu Us Kamarudin Awang Basir dan menantu kepada Hadi Awang berkahwin atas dasar politik. (marriage of convenience).

Semenjak balik dari Mesir beliau menjadi guru agama di SABK Maahad Ehya Al Shariff, Semanggol beliau terus bergiat cergas dalam Pas Larut dan kini berjawatan Ketua Penerangan Pemuda Pas Perak.

Bercita-cita untuk menjadi Ahli Parlimen Larut dalam PRU 13 dengan menggunakan tiket menantu kepada Presiden Pas Malaysia.

Pada peringkat awal penyertaan dalam Pas beliau hanya sebagai pemenuh kerusi sahaja, oleh kerana bercita-cita tinggi,  beliau perlulah menjadi perhatian parti Pas.

Apa lagi agenda yang dia boleh buat selain daripada berceramah dan menjadi guru agama. Pemuda yang ketandusan idea dalam Pas ini hanya mempunyai satu sahaja modal, iaitu berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Larut. Saudara Anwar Ariffin.

Tahun lalu Nazri Din pernah buat gimik yang sama, mengajak Annuar berdebat, mereka yang menjemput tetapi mereka tidak mohon permit polis, tetapi menghebohkan melalui flyer bahawa debat akan berlangsung di Selama.

Apabila tiada permit, polis memberi amaran supaya debat tidak dibuat dan jika degil tindakan akan diambil. Ini lah modal yang dijaja oleh Nazri Din kononnya Umno bacul dan penakut.

Episod Nazri sudah tamat, kini ayam sabung Us Kamarudin pula berkokok. Maklumlah nak jadi terkenal satu Malaya.

TM menasihatkan jangan melayan sebarang tuntutan debat dengan puak-puak munafik ini. Mereka hanya mencari populariti sahaja.

Bagaimana pun perangai buruknya tetap ada, terutama bab menipu dan berbohong. Ada cerita menarik dalam mencari populariti di Larut sehingga sanggup buat kerja-kerja munafik.

Tunggu pendedahan akan datang.