Pak Deris |
Manjung mari masuk hospital lagi |
USTAZ IDRIS AHMAD sememangnya ahli politik Pas yang tergolong dalam golongan manusia yang suka memutar belitkan fakta. Manusia sebegini kalau zaman dahulu sudah kena buang negeri ke Afrika dah baru dia tahu langit tu tinggi atau rendah.
Bila mana isu Mat Sabut menyokong Mat Indera sebagai pembela dan Pejuang Pas, (rujuk Us Mohd Akmal Kamarudin) yang sebenarnya ialah anggota Parti Komunis Malaya yang diharamkan, Pak Deris pun cari isu bagaimana nak covered Mat Sabu daripada terus dihina oleh ahli Pas sendiri.
Cari punya cari Pak Deris dalam idea dengan mengaitkan Kerajaan Malaysia kononnya bersekutu dengan Parti Komunis China.
Lalu pecacai Pas mengaitkan lawatan Tun Razak dan DS Najib ke China, TPM bersalaman dengan pemimpin China dan apa juga berkaitan dengan negara China menjadi sasaran Pak Deris.
Pas sudah lupa bahawa Lim Guan Eng pun pada 31 Ogos lalu telah membawa rombongannya ke Guangzhou China dengan penerbangan sewa khas , kenapa Pak Deris tak berani balun LGE. Apa depa buat di sana?
Pak Deris memang tahap baghal. Agaknya kalau Pas jadi pemerintah apakah Pas akan memutuskan hubungan diplomatik, hubungan perdagangan dengan negara besar itu? Cuba jawab wahai ustaz baghal?
Parti Komunis China Tetap Merbahaya.
Idris Ahmad
12/09/11
Apakah Parti Komunis China tidak merbahaya kerana Umno mengadakan hubungan langsung, walaupun ia tetap komunis? Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba hendak menghalalkan tindakan Umno, dengan mengatakan “kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka”
Jika hubungan antara kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China tidak mengapa, masalahnya Umno mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China pada 5 Oktober 2010. Malahan hendak menghantar generasi muda Umno dari kalangan Putera dan Puteri Umno untuk belajar dengan Parti Komunis China. Ini dinyatakan dengan rasmi oleh Tengku Adnan Mansur selaku Setiausaha Agung Umno.
Bukankah tindakan ini merbahaya kepada generasi muda Umno? Apakah modal lapok perkauman dan bangsa sudah tidak relevan sehingga hendak pergi mengemis dengan Parti Komunis China untuk mendapat idea baru dalam Umno. Rakyat mesti memandang ini adalah perkara yang merbahaya kepada negara jika perkara ini berterusan terutama kepada generasi muda, kerana Umno hendak hantar orang muda pergi belajar dengan parti komunis China.
Parti Islam SeMalaysia istiqamah daripada dulu sampai sekarang menolak fahaman komunis. Sedangkan di dalam Umno pernah berlaku penangkapan “tiga Abdul” kerana menjadi tali barut komunis Russia (KGB). Setakat hari ini tidak ada ucapan pemimpin Pas yang menyokong komunis dan ditangkan menjadi tali barut komunis walaupun pemimpin Umno pernah menuduh Pas lebih merbahaya daripada komunis.
Uztas Idris Ahmad kemaruk nak jadi wakil rakyat sama seperti Us Mohd Akmal Kamaruddin.