Hutan Belum diceroboh lagi untuk projek pertanian kelapa sawit. Apakah Pejabat Tanah dan Galian Daerah Gerik tahu perkara ini. Bagaimana pula dengan Jabatan Hutan, adakah mereka bersubahat dengan peneroka haram?
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir has ordered an in-depth probe into ongoing activities to clear some 74ha of land within the Belum-Temengor Forest Complex (BTFC) wildlife corridor.
“I will not tolerate any abuse. We are committed to protecting the environment, especially Hutan Belum because it is a protected and gazetted area,” the Perak Mentri Besar said in a statement yesterday, adding that the probe was to ensure all laws were adhered to.
The land clearing being carried out is supposedly to make way for an oil palm plantation, a move which environment and wildlife experts warn could be perilous for wildlife in the area.
The Perak State Agriculture Development Corporation (SADC) denied knowledge of any oil palm plantation development plan despite being named the land owner of that area.
Full story in Sunday Star today.
PETALING JAYA: Fresh forest clearing in the Belum-Temengor wildlife corridor has alarmed environmentalists who are demanding an immediate halt to development plans in the critical buffer zone and the Perak Government is moving in on the case.
It is learnt that some 74ha of state land is set to be cleared, believed to be for oil palm plantations, posing a serious threat to endangered wildlife such as the Asian elephant and Malayan tiger.
A check with the orang asli living in one of the nearby settlements confirmed that clearing began some two weeks ago.
Many of the residents were unhappy with the plan to clear the land as logging would pollute the river and worsen human-wildlife conflict.
Penduduk dakwa Hutan Royal Belum diceroboh rakyat asing. Pokok gaharu makin pupus.
Jul 25
Posted by jahaniwalit
GERIK 22 Julai – Hutan Royal Belum (Royal Belum) yang merupakan antara hutan hujan trppika tertua di dunia, mungkin akan lenyap jika tiada usaha bersungguh-sungguh dilakukan oleh pihak berkuasa bagi melaksanakan pemuliharaannya. Keghairahan orang ramai menceroboh kawasan itu secara berleluasa semata-mata untuk mencuri khazanah di hutan tersebut kini semakin membimbangkan.
Hakikatnya, hutan yang berusia ratusan juta tahun ini dahulunya bukan sahaja kaya dengan hidupan seperti gaiah. harimau, rasa, kijang, fading, pelanduk selain spesies ikan kelah, tengas, tengalan dan sebarau malah menjadi kawasan pokok-pokok gaharu untuk hidup meliar.
Malangnya hari ini, amat jarang untuk pengunjung menyaksikan kelibat binatang-binatang liar tersebut selain ikan-ikan juga semakin berkurangan di kebanyakan sungai ka¬wasan itu. Apa yang lebih membimbangkan ialah aktiviti penjualan ga¬haru dilakukan secara terbuka seolah-olah ia bukan menjadi satu kesalahan.
Seorang penduduk Orang Asli dari Kuala Rengat dekat sini, Abot Ali, 40, mengakui, dia merupakan antara penjual gaharu yang aktif di kawasan tersebut sebelum ini tetapi kini tidak lagi.”Dulu memang senang mencari gaharu, tak payah pergi jauh-jauh. Jalan lebih kurang setengah jam dah jumpa. “Sekarang jalan sehari suntuk pun payah nak jumpa, dah habis kena tebang oleh orang Siam,” dakwanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Kata Abot yang mendakwa dirinya sebagai penghulu, banyak pokok gaharu dalam hutan telah ditebang orang luar termasuk warga asing. Mereka katanya, menggunakan mesin bagi memudahkan kerja-kerja yang dijalankan selain cekap menggelakkan kegiatan dikesan oleh orang lain.
Seorang lagi Orang Asli yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Ngah, 50, berkata, disebabkan pendapatan hasil menjual kayu gaharu semakin berkurangan, dia kini melakukan pekerjaan lain untuk menampung hidup.
“Kalau nak harapkan duit jual gaharu sekarang ini, saya dan keluarga mati tak makan,” ka¬tanya.
Pak Ngah mendakwa, usahanya meredah bukit untuk mencari gaharu selalunya sia-sia kerana pokok-pokok itu telah di¬tebang oleh orang lain. “Saya tak mahu lagi pergi naik bukit turun bukit nak cari pokok gaharu sedangkan pokok-pokok tersebut sudah tak ada lagi, orang sudah ambil semua yang tinggal hanya tunggul-tunggul sahaja,” katanya.
Menurut Pak Ngah lagi, dia kini mula menanam pokok-po¬kok getah bagi menggantikan kerja mencari gaharu. Sementara itu, seorang pen¬duduk Kampung Kerunai di sini, Rasli Dolah Ahmad, 48, ber¬kata, adalah tidak tepat jika ada pendapat yang mengatakan po¬kok-pokok gaharu akan pupus di Royal Belum akibat tindakan pencerobohan. Dakwanya, pencari gaharu ti¬dak menebang pokok-pokok ga¬haru sesuka hati sebaliknya ha¬nya memilih pokok yang mempunyai damar sahaja. “Pada kebiasaan pokok ga¬haru yang cacat atau tidak subur batang pokoknya itulah yang mempunyai damar,” ka¬tanya.
Utusan Malaysia difahamkan, gaharu dijual kepada orang tengah atau pembeli berdasarkan gred dengan harganya mampu mencecah sehingga RM30,000 sekilogram bagi gred A. Tinjauan mendapati, aktiviti penjualan gaharu bebas dilakukan di sekitar kawasan ini tanpa wujud pemantauan oleh pihak-pihak berkuasa seolah-olah ia suatu aktiviti yang dibenarkan.
Utusan Malaysia (Utara) Jumaat 23 Julai 2010 – Mohamad Hanipah Teh
Hutan Simpan Belum , Gerik Perak
PERAK, 9 JANUARI 2009 - Hutan Simpan Belum ini terletak di Gerik kawasan Hulu Perak. Keluasan bagi hutan simpan taman negeri ini adalah 290,000 hektar dan seluas 146,000 hektar adalah hutan dara yang masih dijaga rapi agar tidak dicerobohi. Kawasan hutan ini dibahagi dua iaitu kawasan utara Belum dan kawasan selatan Hutan Belum yang mana di kawasan utara ini seluas 117,500 hektar yang menghubungi Malaysia dan Thailandd, manakala kawasan selebihnya adalah Tasik Temenggor. i.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak telah membuat keputusan untuk mengekalkan kawasan ini sebagai hutan kekal yang tidak boleh dicerobohi.Hutan ini juga boleh dilakukan pelbagai aktiviti seperti memancing, berkayak, mendaki gunung, berkhemah dan melihat pelbagai jenis burung seperti burung enggang dan burung helang. Selain itu juga, pengunjung juga mampu melawat sendiri perkampungan orang asli yang terdapat di sekitar tepi-tepi sungai.
Kawasan Hutan Belum ini mampu menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong luar negara yang meminati keindahan alam semulajadi serta. Ia juga mampu menjadi salah satu kawasan bagi peminat aktiviti sukan lasak bagi Negeri Perak. Oleh itu, aktiviti promosi perlu dilakukan dengan lebih giat lagi bagi memperkenalkan kawasan ini supaya keindahan fauna ini tidak di sia-siakan.