Ahad, 18 September 2011

Ahmad Lutfi Othman yakin Anwar terlibat skandal seks ?

buku skandal Anwar


Penulis Khas Majalah Tamadun, Edisi Disember 1998 mempersoalkan motif serangan penulis Ahmad Lutfi Othman ke atas peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bukunya bertajuk “Anwar : Skandal Seks atau Konspirasi  Politik” (Penerbitan Pemuda, September 1998).

Penulis menyenaraikan empat fakta yang terkandung di dalam buku “Anwar : Skandal Seks atau Konspirasi Politik” yang menggambarkan keyakinan Ahmad Lutfi bahawa Anwar terlibat dalam skandal seks dan bukannya konspirasi politik, seperti yang didakwa oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Fakta pertama : Ahmad Lutfi sering mengulangi pertanyaan “mengapa Anwar tidak menafikan tuduhan ke atas beliau” di dalam buku tersebut.

Fakta kedua : Ahmad Lutfi mempertikai pengakuan bersumpah yang dibuat oleh Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar yang menafikan menulis surat menuduh Anwar melakukan hubungan sulit.
Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah (kiri) bersama Haji Hadi Awang, Presiden PAS (kanan)

Ahmad Lutfi menulis; “Melalui buku Khalid Jefri, pihak polis yang menyiasat kes ini telah berjaya memaksa Ummi dan Azizan menandatangani surat-surat yang diperlukan oleh Anwar untuk menutup pekung, tembelang dan perbuatan munafik beliau ini”

Fakta ketiga : Ahmad Lutfi secara ringkas menyebut keputusan ujian DNA Azmin dan Shamshidar berkenaan dengan status anak mereka, Afifa dengan menulis ‘pihak polis menafikan membuat ujian DNA’ yang sekali gus mempercayai bahawa ujian penentuan status Afifa tidak sempurna.

Fakta keempat : Ahmad Lutfi mempersoal niat Anwar terhadap Dr Mahathir. Tulisnya, “Apakah benar kerana mahu menjaga hati PM, maka Anwar berdiam diri walaupun kehormatannya diinjak ? Atau pun Anwar menaruh harapan agar PM bertindak sewajarnya untuk menutup kes tersebut. Bukankah selama ini isu seks boleh dikompromi Mahathir; jika kes Rahim dan Vijandran dapat diuruskan dengan baik, masakan kes Anwar tidak boleh diselamatkan ?

Penulis majalah Tamadun menyelar keempat-empat intipati dalam buku Ahmad Lutfi itu yang dianggap tidak sehaluan dengan fikrah haraki (PAS).

Ketika Ahmad Lutfi menulis buku itu (pada September 1998), Anwar telah pun dipecat dari UMNO dan kepimpinan PAS mengambil sikap menyokong Anwar, walupun sebelum ini, ketika Anwar masih dalam UMNO, kepimpinan PAS mengambil sikap sebaliknya.

Ahmad Lutfi, sebelum menubuhkan syarikat sendiri, Penerbitan Pemuda merupakan wartawan Harakah yang aktif menulis mengkritik Anwar sebaik sahaja ura-ura tokoh itu bakal ditabalkan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Buku kritikan pertama Ahmad Lutfi terhadap Anwar bertajuk “Anwar Lawan Ghaffar” yang diterbitkan pada tahun 1993.

Semasa Anwar menjadi TPM, hampir keseluruhan pimpinan tertinggi PAS mengkritik kredibiliti Anwar sebagai bakal PM. PAS menganggap Belanjawan 1994 yang dibentangkan oleh Anwar sebagai Menteri Kewangan sebagai berwajah FIRAUN. Ahmad Lutfi sendiri menulis kritikan kerasnya dalam buku “Memo Buat Bakal PM” yang diterbitkan pada Ogos 1993.

Ketika munculnya skandal Anwar yang dibongkar oleh Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar, sekitar Ogos 1997, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen PAS merupakan antara individu PAS pertama yang
mempercayai kesalahan moral Anwar.

Mohamad Sabu ketika diwawancara oleh Ahmad Lutfi untuk majalah Tamadun pada 14 Jun 1998 (dua bulan sebelum pemecatan Anwar daripada UMNO),

Beliau berkata “dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya.

Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia (selepas didakwa melakukan skandal seks) tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat
ini?

Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu.

Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan(Shamshidar) tertuduh itu.

Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas”.

Sejak dari itu, Mohamad Sabu secara konsisten menggelar Anwar sebagai ‘Anwar Ibrahim Al Juburi’, di pentas-pentas ceramah PAS sehingganya ke tarikh pemecatan Anwar dari UMNO pada 2 September 1998.- Arkib aidc