Khamis, 15 September 2011

Pemuda Pas Larut bantu fakir miskin?

Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin menyampaikan duit raya kepada ahli Pas



Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut sekali lagi tampil menghulurkan sumbangan berupa wang dan keperluan harian seperti beras,gula,tepung,tea,minyak,baju raya dan lain-lain bagi meringankan beban kepada lebih 1000 keluarga fakir miskin dan anak yatim yang meliputi beberapa buah kampung di seluruh kawasan Larut.

Ia dilaksanakan melalui program ziarah rumah ke rumah pada pemnghujung ramadhan lalu dan program yang mengumpulkan sejumlah penerima bantuan di tempat-tempat tertentu seperti halaman Pejabat Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut untuk diagihkan

Menurut Ketua Pemuda PAS Larut, Ustaz Nazri Din, dana untuk sumbangan ini diperolehi daripada usaha keras jentera pemuda PAS Larut yang semakin mendapat kepercayaan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan melalui akaun Dewan Pemuda PAS Larut.

"Kami mengucapkan jutaan terima kasih khusus kepada para penderma terutama keluarga Allahyarham Dato" Seri Yusuf Teh yang sanggup menyampaikan sendiri sumbangan kepada mereka yang berhak." ujarnya.

Sepanjang Ramadhan seramai 1,000 keluarga daripada lebih 2000 keluarga di kawasan Larut telah dapat dibantu . Mereka yang terbabit adalah golongan miskin yang menderita akibat keperitan hidup mereka.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Larut, Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin. memberitahu Harakah Usaha ini juga adalah lanjutan daripada tema Muktamar PAS baru-baru ini iaitu membangun Negara Berkebajikan.

Menurut beliau program kebajikan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa tanpa mengikut musim perayaan. Selain itu sumbangan ini sebagai memenuhi tuntutan ajaran Islam iaitu sentiasa melakukan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat marhaen.

"Sepanjang ziarah, kami telah melihat sendiri penderitaan mereka, ada yang berbuka puasa dengan pucuk paku kerana tiada wang untuk membeli keperluan lain, ada yang rumah tiada elektrik,ada juga yang menggunakan air telaga yang keruh dan kotor untuk keperluan,".

"Kami dengan rendah diri menjemput semua yang simpati untuk datang melawat dan terus membantu mereka atau boleh menyalurkan terus sumbangan berupa bahan mentah,sedekah,zakat,fidyah,qurban lembu kambing,waqaf,lain-lain atau melalui akaun 558211313164 di atas nama DANA PENDIDIKAN & KEBAJIKAN LARUT

Mereka yang bersimpati boleh datang terus ke pejabat No 2A, Bangunan MDS,Kubu Gajah,34130,Selama Perak. Tel pejabat 05-8391691 atau hubungi ustaz Akmal Kamarudin 0195452471, Ustaz Nazri Din 0165033399.



TM_NOTE
Apa yang didedahkan dalam posting Pemuda Pas Larut sebenarnya boleh diibarat membuka pekung didada dan ia mencerminkan sikap jumud ahli-ahli Pas sendiri.

Kawasan Parlimen Larut mempunyai 3 kawasan DUN dan kesemuanya diwakili oleh Umno, Batu Kurau yang diwakili oleh Dato Capt (B) Najimuddin Elias, Dun Kubu Gajah di wakili oleh YBM Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin dan Dun Selama diwakili oleh Dato Daud Haji Yusof.

Penduduk atau pengundi ketiga-tiga kawasan Dun ini mendapat pembelaan yang cukup baik oleh pihak kerajaan yang memerintah.

Pelbagai bentuk pembangunan telah dibawa masuk oleh ketiga-tiga Adun masing-masing. Terkini di bawah pentadbiran Menteri Besar Perak yang baru YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir telah memperkenalkan Yayasan Bina Upaya untuk membantu rakyat yang miskin dan ketiga-tiga Dun telah pun mendapat manfaat daripadanya.

Begitu juga dengan bantuan TEKUN yang telah lama diperkenalkan oleh Umno telah berjaya membantu penduduk dalam pelbagai projek ekonomi.

Kepada pekebun-pekebun kecil, Risda,Felcra Fama, PPK, Pertanian sentiasa membantu mereka yang memohon dan memerlukan. Bahkan di Ijok Risda berjaya mendidik penduduk menternak udang galah sebagai projek sampingan sementara menunggu projek tanam semula getah mengeluarkan hasil.

Kebanyakan penduduk yang menyokong kerajaan Barisan Nasional telah mendapat banyak bantuan dan mereka berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Pun begitu kerajaan BN tidak pernah lupa untuk membantu warga-warga emas yang pendapatan mereka rendah akibat faktor usia. Mereka tidak pernah dilupakan, boleh dikatakan setiap hari ada mereka dilawati dan dibantu oleh ketiga-tiga Adun sekiranya ditimpa musibah seperti pokok tumbang, ribut, banjir, rumah rosak dan sebagainya.

Raja Ahmad salah seorang wakil rakyat yang paling kerap turun padang untuk melihat kebajikan penduduk dibawah tanggungjawab beliau. Boleh dikatakan tidak ada yang terlepas pandang.

Pun begitu, Pas sentiasa menghasut penduduk ketiga-tiga Dun ini supaya membenci kerajaan dan menyokong parti Islam Pas.

Mereka inilah golongan yang rugi. Mereka seolah-olah mengasingkan diri mereka daripada arus kemajuan dan menolak bulat-bulat semua projek dan bantuan kerajaan.

Oleh itu, mereka sentiasa hidup dalam kedaifan dan kesusahan. Bekalan elektrik dan air paip mahu tetapi enggan mengeluarkan satu sen pun, kerana bagi mereka itu tanggung jawab kerajaan. Rumah yang usang mereka malu untuk meminta bantuan daripada projek rumah mesra rakyat, pprt atau projek YBU.

Bagi mereka apa sahaja yang datang daripada kerajaan BN adalah haram. Golongan inilah yang disebut oleh Pemuda Pas Larut sebagai fakir miskin.

Perjuangan Pas selama 60 tahun sebenarnya adalah merugikan orang Melayu. Orang yang menyokong Pas kebanyakan nya adalah pemalas. Mempunyai pemikiran yang jumud.

Sedih melibat nasib mereka yang berada dalam kegelapan dan kesesatan kerana hasutan setan oeh pemimpin mereka yang munafik.