Selasa, 18 Oktober 2011
Agenda baru Pas untuk memperbodohkan rakyat
Agenda paling bodoh dalam minda Pas
Pas cuba menidakkan peranan Persatuan Bekas Tentera dengan menubuhkan KERABAT. Tujuaannya ialah untuk menarik lebih ramai bekas tentera menyertai Pas.
Setakat hari ini Persatuan Bekas Tentera amat kuat dan mempunyai aset yang cukup besar. Salah satu projek PBT ialah membangunkan projek Greater KL.
Kedua Pas ingin merampas hak Felda dan menyerahkan tanah kepada anak-anak peneroka. Masih kah kita ingat apabila tanah Felda diserahkan kepada peserta Felda?
Lihat sendiri bagaimana pemaju telah memperdayakan pemilik tanah Felda Sungai Buaya dan felda sendayang. Mereka bergelar jutawan dengan menjual tanah dan akhirnya mereka kembali menjadi miskin papa kedana apabila wang habis.
Felda Plantation telah merancang satu strategi yang cukup baik untuk membolehkan Felda menjadi satu kausa besar didunia dalam penghasilan minyak sawit dan pelbagai produk lain seperti disel, gula dan lain-lain lagi.
Felda akan diperbadankan di bursa saham dan sebahagian besar saham felda akan dimiliki oleh anak-anak Felda sendiri melalui koperasi.
Dengan kata lain anak-anak felda akan menjadi tuan kepada harta mereka. manakala sektor pengurusan termasuk CEO adalah pekerja yang dibayar gaji oleh anak-anak Felda. Seandainya mereka tidak berpuas hati dengan pengurusan, anak-anak Felda berhak memecat mereka melalui mesyuarat tahunan.
Inilah agenda DS Najib untuk mengekal Felda untuk generasi ke genarsi anak-anak Felda yang kini ramai sudah berhijrah ke bandar-bandar kerana menjadi pegawai kanan kerajaan dan koperat serta swasta.
Sekirantya diikutkan agenda bodoh Pas untuk membahagikan tanah-tanah kepada anak-anak Felda makan peristiwa Sg Buaya dan Sendayan akan berulang. Yang kenyang ialah buaya-buaya Dap yang siap sedia untuk mengambil alih Felda.
Seterusnya TM ingin menyentuh sedikit mengenai kilang Lynas di Gebeng yang menjadi kontroversi panas oleh Pas dan Pkr.
Setelah mendapat maklumat terperinci oleh pihak pengurusan Lynas minggu lalu. TM dapat merasakan bahawa Fuziah Toron (merujuk kepada gas thoron). Fuziah telah diperalatkan oleh tauke-tauke DAP yang dengki khianat kerana Lynas adalah satu projek berdaya maju yang dikuasai 100 peratus oleh orang Melayu.
Tujuan Dap ialah untuk menggagalkan projek mega ini. Agenda jahat mereka samalah seperti yang pernah terjadi kepada Dato Idris Tulis , pengedar kereta BMW dan Audi yang terkenal sekitar tahun 70an dan 80an. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjahanamkan perniagaannya.
Konon kereta BMW dan Audi adalah tidak bagus dan harga akan menjunam jika dijual kemudian hari. Hari ini isu ini tetap melanda Naza dan Kia. Mereka juga menerima nasib yang sama cuma kebijaksaan Naza berjaya bertahan dengan agenda jahat mereka.